web
counter

Butik Pengantin dan Butik Kahwin di Malaysia

Gift Kahwin Ads

kemaskini: 04 Okt 2018

Membeli-belah untuk perkahwinan anda bukan sahaja saat yang penting dalam hidup anda, tetapi ia juga adalah sukar. Dapatkan pakaian perkahwinan yang terbaik tidak mudah dan butik pengantin (bridal boutique) pasti akan membantu anda dalam mendapatkan salah satu gaun pengantin yang anda suka. Apabila datangnya untuk membeli-belah anda sentiasa mahu pelbagai koleksi untuk dipilih dan kedai-kedai pengantin online boleh membantu anda untuk mendapatkan semua ini di bawah satu bumbung. Membeli-belah untuk perkahwinan dibuat mudah oleh kehadiran kedai perkahwinan online sekarang.

Jika anda ingin membeli gaun pengantin anda di laman-laman online, anda bolehlah cari dalam internet dan senang saja anda akan mendapati banyak laman yang menawarkan baju perkahwinan yang cantik dan murah. Anda juga boleh mengunjungi boutique yang berdekatan dengan tempat tinggal anda jika ada masa. Bawah ini adalah butik pengantin dalam negeri berlainan di Malaysia yang anda boleh dapatkan semua servis perkahwinan termasuk juga baju pengantin. Anda boleh semak lokasi di negeri anda dan mengunjungi kedai mereka.

Butik Pengantin (bridal boutique) dalam Negeri-negeri di Malaysia

Butik Pengantin di Johor

Elfieda Bridal
Elfieda Bridal

Alamat: 03-65 tingkat 3,skudai parade shopping complex , Batu 10
Skudai, Johor, Malaysia 81300

 

ZaiMaN BRiDaL butik pengantin
ZaiMaN BRiDaL butik pengantin

2. Zaiman Bridal JB
22, Jalan Laksamana 7,
Taman Ungku Aminah
0127464527
Facebook: http://www.facebook.com/#!/pages/ZaiMaN-BRiDaL-JoHoR-BaHRu/145336462188802
Komen dari pelanggan: Servis sangat ok. Pengurus mempunyai banyak pengalaman. Penyesuaian tertentu boleh dibincang. Harga juga bukan mahal sangat.

Butik Cinta di Kedah

Butik Cinta - Alor Setar
Butik Cinta – Alor Setar

Butik Cinta
Butik ini berada di Alor Setar, Kedah. Ia menawarkan pakej perkahwinan dari yang murah sehingga ke pakej perkahwinan eksklusif / VIP disamping pakej pernikahan dan pertunangan. Apa yang unik di butik itu adalah teknik make up atau solekan yang menarik oleh jurumekap wanita, rekaan pelamin yang trendy sama ada di dewan atau di rumah, rekaan kamar pengantin dan juga busana perkahwinan masa kini termasuklah busana pengantin muslimah. Hantaran perkahwinan juga boleh ditempah mengikut citarasa anda.

Butik Pengantin di Kelantan

Nurza Wedding House
Nurza Wedding House

Nurza Wedding House

Nurza Wedding House merupakan bridal house yang paling popular di negeri Kelantan. Jika anda bukan orang kaya atau kerja gaji gempak-gempak mungkin anda tidak mampu untuk tempah servis dari Nurza sebab perkhidmatan mereka bukan murah. Harga boleh bermula dari RM5,000 dan ke atas. Tetapi servis yang anda terima amat best sebab mereka memegang matlamat dengan kepuasan pelanggan adalah keutamaan mereka.

Butik Pengantin di Kuala Lumpur

butik nelly za

Nelly Za
Butik pengantin yang terletak di Kuala Lumpur ini memberikan promosi mekap pertunangan, pakej studio foto, PA sistem dan banyak perkhidmatan lain. Selain daripada itu, butik pengantin ini juga ada mengadakan kursus solekan profesional bagi mereka yang ingin belajar teknik make up masa kini.

Butik Pengantin di Melaka


Ilham Galeri Perkahwinan Dan Katering
Ilham Galeri Perkahwinan dan Katering (IGPK) telah lama bertapak di Melaka. Pelbagai perkhidmatan diberikan merangkumi khidmat catering, khemah dan canopy, hiasan meja pengantin, fotografi, kompang dan kendarat. Maklumbalas yang diterima setakat ini alhamdulilah sangat memberangsangkan. Ini juga menjadi nadi penguat untuk butik ini terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan mereka.

Butik Pengantin di Negeri Sembilan

Aliza Wedding
Aliza Wedding

Aliza Wedding
Butik ini menyediakan perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan mereka dengan konsep pakej serba lengkap bakal pengantin meliputi perkhidmatan Andaman, Katering, Make up atau Solekan Artis, Pelamin yang Indah, Pakaian Pengantin, Profesional Jurufoto dan Video, Pasukan Kompang, Gubahan Hantaran, sewaan Kanopi, Caklempong dan Persembahan Kesenian Yang Memukau dengan harga yang berpatutan.

Butik Pengantin di Pahang


Butik Pengantin Faza Andaman
Butik ini menyediakan pakej perkahwinan, solekan, rawatan muka & badan, gubahan hantaran perkahwinan, jurufoto, hadiah pertunangan, katering, kanopi, kursus solekan, jahitan manik dan lain-lain.

Butik Kahwin di Perak

butik mya
Butik Pengantin Mya Irdina
Setiap pakej perkahwinan dalam butik ini menawarkan 20% diskaun dengan tempahan dari 20/8/2011 – 20/10/2011 saja. Jika anda berminat, anda boleh hubungi mereka dan butik ini boleh menyediakan pakej perkahwinan lengkap untuk semua pengantin dengan harga yang berpatutan.

Butik Pengantin di Perlis

Anggun Saujana
Butik ini menawarkan pelbagai servis sperti menerima tempahan pelamin, gubahan hantaran yang istimewa, bilik pengantin, meja makan, jahitan langsir, sewaan peralatan hantaran, jurufoto dan juruvideo, gubahan bunga hiasan, hiasan dalaman, DJ, katering, kanopy, P.A. Sistem, dan sebagainya.

Butik Pengantin di Putrajaya

Rose Collection
Butik ini menawarkan pelbagai jenis pakaian pengantin dengan desain yang menarik seperti baju kurung moden dan jubah moden yang sesuai dipakai untuk menghadiri majlis bertandang, majlis bertunang.

Butik Pengantin di Sabah

suri malai ali
Suri Malai Ali Kota Kinabalu
Pelaminan butik in berkonsepkan moden dan tradisional mengikut tema kesukaan pengantin. Dekorasi Pelaminan dengan bungaan segar atau bungaan artificial yang diselangi dengan aturan backdrop yang direka khas oleh pelaminan butik ini untuk kesesuaian dewan dan tema resepsi di Kota Kinabalu.

Butik Pengantin di Sarawak

The Bridal Department By Nazzib Samad

Butik ini memberikan perkhidmatan sewa pakaian pengantin (bridal couture), pakaian bestman, baju bridesmaid, hadiah untuk flower girl. hiasan bilik tidur, hiasan pelamin, dan sewaan kereta. Makeup atau solekan termasuk solekan untuk waktu siang dan malam. Solekan akan dikendalikan sendiri oleh artist profesional yang merupakan anak didik Nurul Shukor (Makeup Artist bagi Dato Siti Nurhaliza).

Butik Pengantin di Selangor

Marlynn Afzan
Marlynn Afzan
Butik ini menawarkan pakej-pakej perkahwinan dan pertunangan yang menarik dengan harga yang berpatutan, anda pasti berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Selain daripada itu, butik itu juga ada servis Pelamin, sewaan baju pengantin, andaman, aksesori perkahwinan, sewaan dulang hantaran, jurufoto dan juruvideo.

Butik Kahwin di Terengganu

Izzaini Boutique
Menjual secara runcit dan borong tudung swarovski, batu swarovski, kain sulam dan pakej wedding planner pengantin exclusive bermula dari rm15,000 dengan hantaran hadiah percuma yang dinikmati.

Butik Pengantin Lela Touch Creation

Butik Pengantin Lela Touch Creation adalah butik kahwin yang berpengalaman dan telah melibat dalam bidang jurufoto perkahwinan lebih daripada 3 tahun. Ia selalu menawarkan pakej perkahwinan dengan harga yang rendah sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggan yang sokong kedai mereka selama ini.

Butik Kahwin Muslimah Puteris

Butik Pengantin Muslimah Puteris merupakan “one stop center” bagi semua pengantin yang ingin mempunyai perkahwinan yang elegan. Mereka itu selalu memastikan majlis perkahwinan bagi pelanggan mereka adalah diuruskan dengan lengkap dan memuaskan. Antara perkhidmatan yang ditawar oleh pembekal itu terlibat kad kahwin, gubahan hantaran, pelamin, solekan, persalinan, kanopi, fotografi, dan katering. Kedai ini selalu memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik dan terjamin.

Anda boleh mengunjungi ke mana-mana butik pengantin risik mempelai dan anda akan dapat cari satu yang sesuai dan digemari oleh anda.

Anda cuma berehat dan membeli-belah dari rumah atau tempat kerja anda. Semua ini tidak mustahil kerana membeli-belah online dah jadi nyata pada masa ini. Kedai pengantin dan butik kahwin online adalah rahmat untuk semua orang yang bekerja tapi ingin membuat perkahwinan mereka yang paling diingati dan istimewa.

manicure set promotion

1 thought on “Butik Pengantin dan Butik Kahwin di Malaysia”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top