web
counter

Cenderahati Tetamu Kehormat 1 (VIP Door gift)

Gift Kahwin Ads

Mencari cenderahati untuk tetamu kehormat (VIP) yang datang pada hari perkahwinan mungkin agak mengambil masa memandangkan ianya adalah dari sekelompok cenderahati yang berbeza dari cenderahati tetamu yang lain. Perbezaan cenderahati VIP ini tidak terhad dimana pada kebiasaannya beza hanya pada bemtuk, jenis, harga, saiz, warna dan lain-lain.

Ini adalah contoh Cenderahati yang mungkin boleh anda dapatkan khas untuk tetamu VIP anda. Bilangan cenderahati tetamu VIP untuk sesebuah majlis persandingan biasanya ditempah tidak banyak berbanding cenderahati untuk tetamu biasa. Pada kebiasaannya bilangan Cenderahati yang ditempah adalah hanya dalam lingkungan 40 hingga 100 biji untuk tetamu VIP.

Praktikal atau tidak sesuatu Cenderahati bergantung kepada kemahuan anda. Jika anda mahu menyediakan sesuatu yang praktikal untuk tetamu kehormat anda, sesuatu yang ringkas mungkin agak sesuai sebagai contoh Kerongsang, Sabun, Set Manicure, Bingkai Gambar, Bingkai cermin dan bermacam-macam lagi. Jar kaca juga mungkin merupakan sesuatu yang praktikal untuk dijadikan cenderahati dengan syarat, ianya hendaklah dihias sesuai tema majlis anda. Dibawah ini adalah sedikit contoh terbaik yang kami boleh paparkan untuk rujukan anda yang sedang mencari Cenderahati untuk tetamu kehormat (VIP).

Balang Kaca Yang telah dibalut dengan menggunakan Kain dari Fabrik Net serta diikat dan dihias menggunakan Ribbon Bow dan Bunga-bunga yang menarik.

Balang Kaca Yang telah dibalut dengan menggunakan Kain dari Fabrik Net serta diikat dan dihias menggunakan Ribbon Bow dan Bunga-bunga yang menarik.

Gambar yang kedua ini pula lebih terbuka kerana tidak dibalut dimana balang Kaca yang berbentuk seakan-akan Nanas ini hanya diikat dengan menggunakan Sheer Ribbon berwarna emas dari bahagian atas penutup hingga dasar balang. Ianya diikat atas sebab untuk mengelakkan kemungkinan Penutup balang Jatuh dan pecah. Penutup balang kemudiannya dihias dengan lilitan ribbon warna senada. Menarik bukan?

RGBlog3

Contoh Cenderahati pada gambar ketiga ini mungkin lebih selamat kerana diletakkan didalam bekas PVC. Balang kaca juga telah siap digantung Personalised Nametag majlis.

RGBlog4

Cenderahati VIP Gambar ke 4 ini adalah pilihan Cenderahati perkahwinan Selebriti Terkenal Anzalna Nasir bersama Hanif Zaki yang berlangsung awal tahun 2016. Dua jenis Cenderahati VIP yang dihias cantik serta dilekatkan dengan Nametag Majlis. Balang yang besar telah dihias dengan melekatkan Aksesori Rama-rama berwarna biru diatas penutup. Manakal untuk Candle stick pula telah dihias dengan melilitkan ribbon berwarna senada.

***Perlu diingat yang anda perlu mengisi Balang kaca sebelum diikat atau dilekat dengan Pita memandangkan 4 contoh cenderahati VIP yang kami paparkan ini adalah balang yang mempunyai penutup. Anda boleh mengisi balang kaca ini dengan gula-gula, coklat, kurma, Kerongsang, Mini IT Gadget, Sapu tangan, Sabun dan macam-macam lagi.

Kami berharap artikel ini dapat memberikan manfaat dalam membantu anda untuk mencari idea bagi memeriahkan perjalanan Majlis istimewa anda.

Baca juga:

manicure set promotion

4 thoughts on “Cenderahati Tetamu Kehormat 1 (VIP Door gift)”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top