web
counter

Door Gift Kahwin Ala Cina

Gift Kahwin Ads

Kebanyakan orang Cina akan memberi door gift kahwin kepada tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan mereka. Biasanya ia diberi ketika mereka sampai ataupun ketika mereka hendak pulang selepas jamuan makan. Terdapat juga sesetengah pengantin cina yang memberi foto perkahwinan yang berukuran kad perniagaan untuk tetamu. Kadang kala, telur merah juga diberi untuk tetamu.

Door Gift Kahwin Berbentuk Sedan/Tandu

Kotak ini dibuat khas untuk masyarakat Cina yang berkahwin dengan menggunakan tema traditional yang digunakan oleh nenek moyang mereka sejak zaman dulu. Pada zaman masih tiada kenderaan, orang Cina yang kaya menggunakan tandu untuk berjalan. Tandu digunakan sebagai kenderaan untuk mengangkat pengantin perempuan manakala pengantin lelaki akan duduk di atas kuda.

double happiness candy box
double happiness candy box

Door Gift Kahwin Double Happiness

Perkataan Double Happiness yang membawa maksud kebahagiaan kembar banyak digunakan oleh orang Cina semasa berkahwin. Ia membawa maksud tuan rumah mendapat 2 kebahagiaan dalam satu masa yang sama iaitu kebahagiaan mendapat menantu dan kebahagiaan mendapat cucu dalam masa terdekat. Kotak double happiness sesuai digunakan untuk mengisi kek, coklat atau kacang dan diberikan kepada semua tetamu yang datang ke majlis perkahwinan . Warna merah dan emas juga merupakan warna yang dipercayai membawa “tuah dan untung” kepada orang Cina.

Door Gift Kahwin Kotak Cute Dan Elegan

kotak kertas

Terdapat 3 jenis kotak cute dan elegan untuk dipilih oleh pengantin baru Cina yang ingin berkahwin. Setiap jenis kotak mempunyai gambar dan tulisan yang berbeza. Antara tulisan yang terdapat di kotak ialah ucapan-ucapan manis seperti “Seumur Hidup Aku Hanya Cinta Pada Mu” , “We Are Married” dan “Selamat Pengantin Baru”.  Harga kotak ini sangat murah dan sesuai untuk mereka yang ingin berjimat wang dalam aspek cenderahati perkahwinan.

manicure set promotion

2 thoughts on “Door Gift Kahwin Ala Cina”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top