web
counter

Kanak-kanak Berasa Bosan Di Majlis Perkahwinan Anda?

Gift Kahwin Ads

Ini terpulang kepada anda sama ada ingin menjemput kanak-kanak ke majlis perkahwinan anda. Tetapi anda tidak boleh melarang tetamu yang dijemput membawa bersama anak-anak mereka. Kanak-kanak biasanya sukar untuk menumpu perhatian dan senang terpesong daripada sesuatu. Adalah sukar untuk menyuruh mereka duduk di tempat yang sama selama beberapa jam semasa majlis anda jika tiada aktiviti-aktiviti yang menarik perhatian mereka disediakan.

Aktiviti-aktiviti Di Dewan Perkahwinan Khas Untuk Kanak-kanak

  • Makanan

Menu makanan yang dipilih untuk kenduri makan perkahwinan harus mempunyai serba sedikit bahan-bahan yang digemari kanak-kanak. Contohnya bagi jamuan makan majlis perkahwinan orang Cina, salah satu hidangan ialah udang besar. Biasanya kacang gajus dan keropok udang akan ditambah di sekeliling hidangan tersebut. Maklamatnya ialah untuk menarik perhatian kanak-kanak.

 

  • Hiburan

Persembahan nyanyian karaoke atau live band ataupun tarian di atas dewan mahupun mainan lagu-lagu merupakan salah satu elemen yang pasti terdapat di setiap majlis perkahwinan. Pengantin baru harus memilih lagu-lagu atau irama yang disukai kanak-kanak. Perbincangan dengan DJ ataupun penganjur hiburan harus diadakan supaya mereka boleh membuat persembahan yang bersesuaian untuk kanak-kanak, orang tua dan remaja.

Juga kanak-kanak dapat menghiburkan mereka sendiri jika diberikan bubble seperti berikut dalam perkahwinan. Mereka dapat menikmati dan bermain-main dengan rakan yang seumur dan meriangkan suasana dalam sesuatu majlis juga.

bubble bride and groom

 

  • Alat-alat Mainan

Tuan rumah boleh menyediakan alat-alat mainan yang murah untuk kanak-kanak. Pelekat-pelekat kartun seperti angry bird, spiderman dan doraemon boleh disediakan di setiap meja makan. Di samping itu, dam ular juga merupakan satu pilihan yang baik. Saya yakin setiap orang dewasa pasti tahu cara untuk bermain dam ular. Tetamu yang hadir juga berasa terharu kerana dam ular merupakan salah satu permainan yang disukai oleh mereka semasa zaman kanak-kanak.

 

  • Cenderahati Perkahwinan

Pemilihan cenderahati perkahwinan juga penting. Anda harus mengambil kira faktor usia semua tetamu jemputan kahwin yang akan hadir ke majlis perkahwinan anda. Oleh itu, cenderahati yang diberi mesti sesuai untuk semua orang. Contohnya, anda boleh menyediakan satu beg hadiah yang diisi dengan coklat, kek, kacang, gula-gula, lilin perkahwinan, sticker perkahwinan dan lain-lain.

 

manicure set promotion

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top