web
counter

Promosi Kerja Kahwin

Gift Kahwin Ads

Berita baik kepada mereka yang menguruskan urusan dan kerja kahwin, pihak Kraftangan Malaysia, agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia sedang menganjurkan aktiviti Promosi Kerja Kahwin 2010 bermula 24 Julai sehingga 2 Ogos 2010 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Promosi kerja kahwin 2010 atau wedding works 2010 menyediakan tiga aktiviti utama yang melibatkan Jualan Kraf, pameran dan demonstrasi.

kerja kahwin
kerja kahwin

Konsep utama yang diketengahkan dalam promosi kerja kahwin 2010 ini adalah Kraf dan Perkahwinan Malaysia.

Antara aktiviti menarik yang akan ditonjolkan sepanjang promosi kerja kahwin 2010 ini adalah Pameran Seni Kraf Logam Dalam Perkahwinan, Manifestasi Perkahwinan Malaysia, Pertandingan Paluan Kompang dan Rebana serta Rewang Pengantin.

Secara spesifiknya bagi aktiviti jualan akan melibatkan jualan Produk Kraf dan Perkhidmatan Perkahwinan manakala pameran Kerja Perkahwinan pula memamerkan alat muzik dalam perkahwinan dan pelaminan perkahwinan yang ada di Malaysia.

Pada masa yang sama demonstrasi dan Interaktif akan melibatkan produk kraf perkahwinan, andaman pengantin Malaysia dan masakan serta kuih tradisional. Untuk sesi interaktif kraf perkahwinan pula akan melibatkan aktiviti peragaan fesyen pesona pengantin Malaysia dan irama perkahwinan Malaysia.

Nampaknya aktiviti syok kahwin akan bertambah meriah dengan promosi kerja kahwin yang dianjurkan oleh pihak Kraftangan Malaysia ni. Mungkin bagi mereka yang sedang merancang untuk menguruskan majlis perkahwinan elok ambil kesempatan melihat dan meninjau-meninjau bagaimana persiapan perkahwinan yang ada di Malaysia ni.

Waktu operasi aktiviti promosi kerja kahwin adalah 10 am – 8 pm (Ahad – Khamis) dan 10 am – 10 pm (Jumaat – Sabtu).

Untuk mendapatkan brosur rasmi promosi kerja kahwin 2010 dan peta lokasi Kompleks Kraf Kuala Lumpur, di Jalan Conlay bolehlah merujuk ke lama rasmi di Kraftangan Malaysia.

manicure set promotion

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top