Semalam dapat whatsapp daripada rakan matrikulasi nak kahwin bulan 10 ni…huhu selamat la bro ya. Hari ni nak buat entri cari duit kahwin lagi.huhu. Baiklah ramai antara kita yang ingin berkahwin dalam masa terdekat ni. Jadi ramai pening,mana la nak cekau duit ni, hantaran sahaja dah dekat RM10 ribu…tak masuk kenduri lagi, pelamin lagi, baju lagi..aduhai… Inilah lumrah alam yang kita harus terima pada hakikat perkahwinan orang melayu sekarang…. Mahal memang mahal..tu yang ramai berhutang untuk kahwin tu…
Ok lah untuk redakan sedikit masalah cari duit kahwin ni apa kata cuba cari idea bagaimana nak mula menambah pendapatan, sekurang-kurangnya dapatlah jugak kurangkan beban pinjaman nanti dan kalau lagi baik tak payah pinjam langsung. Oklah Cari duit untuk kahwin ni memang mencabar, lagi-lagi kalau tarikh perkahwinan dah nak dekat. Jadi apa harus dilakukan jangan panik. Rancang duit anda dengan menyenaraikan kos perkahwinan anda,catatkan semuanya sekali.
Cari Kerja Sambilan
Untuk pasangan yang mempunyai masa kelebihan selepas kerja utama mereka, adalah baik untuk fikirkan untuk membuat perniagaan sampingan. Jangan lihat rendah dengan kerja sampingan, ada ramai orang juga yang membuat bisnes kecil pada permulaan, lepas beberapa bulan telah jadi pendapatan utama mereka di mana mereka menjadikan ia pekerjaan utama mereka dan letak jawatan untuk bekerja dengan majikan mereka sekaligus. Jadi, apa yang penting ialah mencari perniagaan yang anda sukai dan bekerja dengan bersungguh-sungguh, peluang untuk kejayaan adalah amat tinggi jika tidak berputus asa dengan senang. Maka dengan ini, sudah tentu anda boleh jana duit yang cukup untuk berkahwinan tanpa perlukan bantuan dari orang lain. Bukankah perkara macam ni amat seronok?
Setelah disenaraikan semua barulah kita boleh bertindak kan. Ok untuk cari duit kahwin kita harus mencari sumber pendapatan tambahan yang agak mudah dilakukan dan kita mampu buat. Kalau tanya saya tentu saya akan sarankan anda buat perniagaan di internet..dan kalau nak belajar cepat boleh jadi ejen untuk apa-apa produk yang menarik hati anda. Kalau nak explore sendiri mungkin boleh cuba cari produk hot di internet untuk dijual.
Produk hot di internet sebenarnya adalah produk yang mempunyai jumlah carian yang banyak digoogle… ya makin banyak orang cari produk tersebut maka makin tinggi peluang menjana pendapatan. Tugas anda sebagai penjual adalah menyediakan segala maklumat mengenai produk tersebut sebanyak mungkin. Makin banyak anda terangkan mengenai produk tersebut maka makin tinggi peluang untuk anda menjual produk tersebut.
Jadi sebenarnya tidak susah nak mulakan perniagaan internet anda sendiri.Jangan takut dan jangan ragu. Mulakan pencarian anda untuk mula mencari duit untuk kahwin!
Artikel berkaitan: