web
counter

Perkhawinan Kawan Zunaidis

Gift Kahwin Ads

Hari Khamis lepas aku ke majlis perkahwinan seorang rakan karib. Boleh dikatakan dekat sahaja dengan rumah aku.. Jalan kaki pun boleh sampai. Tapi memandangkan aku jalan lepas waktu Maghrib dan bawa sekeluarga, terpaksalah juga pakai kereta datang ke tempat tu..

perkahwinan
perkahwinan

Majlis pada hari tu sebenarnya adalah majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki atau dengan lebih tepat lagi kami namakan mengelisiu dalam bahasa setempat nda tahu dari mana datangnya istilah tu.. tapi memang dari kecil lagi orang kampung sini sudah biasa dengan perkataan tu. Sampai di rumah pengantin, aku terus jumpa bapa kepada pengantin lelaki.. Sempat juga aku bisik dengan pakcik Hassan, bersalaman dan minta maaf sebab langsung tidak menolong masa persiapan perkahwinan. Bukan pasal malas, tapi aku langsung tiada peluang berkunjung ke tempat diorang disebabkan kesibukan yang melampau (terlibat dengan Kem Serumpun. Selesai makan, pasangan pengantin pun turun ke bawah untuk majlis persandingan malam dan potong kek.

Syukur alhamdulillah.. dapat juga aku tengok kawan aku yang bernama Zunaidi ni bersanding Akupun ambillah kesempatan tangkap gambar dua tiga keping sebagai kenang-kenangan. Sebenarnya aku dalam bab-bab datang ke majlis yang ada ramai orang ni memang ada masalah sedikit. Terlampau segan untuk muncul di tempat-tempat yang ramai orang. Kalau dikatakan anti-sosial, tidak juga tapi memang begitulah sudah sifat aku ni Tapi memandangkan yang kahwin tu kawan rapat (ada bau-bau bacang persaudaraan juga sebenarnya. kira cousin dua kali aku juga gitu).

Dulu masa bujang-bujang, Zunaidi atau biasa aku panggil Edie ni selalu tolong aku. Orangnya memang ringan tulang.. Aku selalu minta tolong dia driving kalau hendak ke KK. Pernah juga sama-sama dengan dia jadi pirate dulu (angkat penumpang). Kiranya banyak kenangan jugalah dengan dia ni. Sebab itulah, walaupun aku berat hati mau muncul di khalayak ramai, tapi untuk kawan seorang ni aku tetap datang ke majlis perkahwinannya. Sempat lagi muncul di hadapan pelamin untuk ambil gambar

Inilah saja yang mampu aku berikan untuk seorang kawan baik hal yang sama juga pasti akan aku lakukan pada orang lain yang tahu menghargai erti persahabatan erti pengorbanan seorang rakan Saya doakan moga Zunaidi dan Aynisah Berbahagia dunia akhirat.. amin.

S.a.l.l.e.h

manicure set promotion

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top