Ini adalah 800 round candy boxes yang ditempah oleh pelanggan kami baru-baru ini. Tiga warna yang berlainan – merah, ungu dan merah jambu.
Pelanggan kena bawa kereta SUV baru dapat muatkan kesemuaan round candy boxes ni yang dimasukkan ke dalam dua kotak yang besar.
Kami mengucapkan tahniah dan semoga pelanggan kami mempunyai satu perkahwinan yang bahagia.
Idea Utama Untuk Isi Dalam Kotak Kertas Bulatan
Cenderahati perkahwinan adalah cara yang baik untuk menunjukkan penghargaan anda untuk tetamu yang menyertai hari istimewa anda. Cenderahati boleh dibungkus dalam kotak cenderahati seperti kotak kertas bulatan yang ditunjukkan dalam gambar. Selain daripada design kotak di atas, Anda boleh mendapati pelbagai saiz dan warna yang boleh menawarkan fleksibiliti yang besar dari segi gaya dan hiasan untuk menghiasi meja perkahwinan anda.
Jadi, apa jenis cenderahati anda boleh masuk ke dalam kotak cenderahati?
Cenderahati yang boleh dimakan sentiasa menjadi cenderahati yang popular kerana makanan seperti ini biasanya tidak mahal sangat dan disukai oleh semua orang. Apabila meletakkan gula-gula dalam kotak kertas bulatan itu, anda boleh menambahkan kecantikan kotak dengan hiasan reben dan tag. Anda boleh fikirkan untuk memilih gula-gula yang bersepadan dengan tema dan hiasan perkahwinan anda. Oleh kerana kebanyakan gula-gula yang dibekalkan biasanya dibungkus dalam kertas yang berlainan warna, atau gula-gula berwarna yang berbeza, jadi anda boleh menambahkan hiasan anda sendiri dengan memakai warna tema anda. Adalah baik untuk anda memilih gula-gula yang sesuai dengan skim warna anda.
Coklat M&Ms adalah pilihan yang semakin popular, kerana anda benar-benar boleh membuat tempahan dan membeli coklat ini dalam pelbagai warna yang anda ingin dan anda boleh taruh mesej peribadi, nama pengantin dan tarikh perkahwinan di dalamnya. Mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk membeli M&Ms yang bersepadan dengan warna-warna tema perkahwinan anda yang juga mempunyai nama pengantin pada setiap gula-gula tu.
Selepas anda telah memilih dan mengasingkan gula-gula keluar, isi ke dalam satu beg telus dan meletakkannya dalam kotak kertas bulatan. Lepas tu, hiaskan kotak bulatan tu dengan tag, reben dan bunga yang sama dengan tema perkahwinan dan ini akan jadi sesuatu cenderahati yang bergaya, unik lagi digemari oleh orang ramai. Ini adalah mudah untuk membuatnya dan sentiasa ternyata benar-benar cantik! Lain-lainĀ gula-gula tema perkahwinan yang boleh dimakan adalah Hershey dan Baryl’s. Mints juga merupakan idea makanan yang baik sebab mereka cukup cantik dan juga menyediakan tetamu dengan makanan cuci mulut selepas jamuan.
Lain-lain idea makanan comel termasuk cookie. Ini adalah sangat popular dan sesuatu yang menyeronokkan untuk membolehkan tetamu anda berada di luar dan memberi mereka sesuatu yang boleh dimakan dengan senang hati. Tetapi kena ingatkan anda bahawa anda menyediakan cookie yang bukan terlalu besar. Cookie yang disediakan mesti lebih kecil daripada kotak supaya ia boleh dimuatkan di dalam kotak kertas bulatan itu dengan ruang yang cukup.
Apa yang paling penting dan diutamakan adalah untuk mempunyai cenderahati yang cukup kecil untuk dimuatkan dalam kotak cenderahati perkahwinan anda. Alternatif lain boleh termasuk tasbih, keychain, sabun wangi, potpori dan banyak lagi yang boleh dipertimbangkan. Cenderahati ini adalah sesuatu souvenir peringatan yang menyeronokkan untuk tetamu pada hari kebesaran anda. Jadi anda patut memilih sesuatu yang istimewa untuk tetamu dan mereka pasti akan menyukainya.
Artikel berkaitan:
Round Candy Boxes Yang Ditempah oleh Para Pelanggan
salam, sy nisa, boleh sy tanya harga utk 2000 pcs round candy boxes?
Harga utk 2000 pcs, kami bleh bagi RM1.25.
hi, may i know how much is per pc for 200 pcs? and is it ready in stock ?