Kotak gula yang penuh dengan gula-gula yang lazat adalah sesuatu yang romantis dan semua orang boleh menikmatinya. Terutama apabila anda memilih gula-gula yang sedap. Anda boleh cari gula-gula manis atau coklat berkualiti tinggi untuk diberikan kepada tetamu dalam upacara, acara dan jamuan yang adakan. Ia menjadi pilihan yang sesuai untuk memberikan kejutan sempurna untuk keseronokan dan keenakan dalam sesuatu majlis juga.
Apa Yang Boleh Diisi Dalam Kotak Gula Kertas
Coklat, cookie, cupcake adalah antara makanan yang boleh diisi dalam kotak gula untuk hari yang istimewa seperti hari jadi, hari perkahwinan, hari raya dan sebagainya. Kini anda boleh memilih daripada pelbagai bentuk, saiz, tema dan penampilan untuk kotak yang anda suka. Dengan itu, adalah senang untuk anda sediakan bungkusan kotak gula-gula anda yang bersepadan dengan tema majlis itu. Dapatkanlah kotak gula-gula yang menyeronokkan dalam pelbagai reka bentuk yang menarik untuk hari istimewa dan jadikan ia memori lazat yang akan diingati buat masa yang panjang.
Pembungkusan dalam kotak hadiah gula-gula adalah cara yang indah untuk membungkus hadiah anda. Kotak yang diperbuat oleh kertas keras dan diisi dengan gula-gula yang sedap akan memggembirakan semua orang terutamanya kanak-kanak. Hadiah tersebut adalah sesuai untuk apa-apa majlis saja. Mereka juga boleh digunakan sebagai kotak perhiasan elegan atau untuk hadiah kecil yang boleh menjadi sesuatu kenangan.
Hiasi Selanjut Untuk Kotak Gula
Bagi kotak gula bentuk petak berwarna coklat ini, anda boleh menghiasi selanjutnya dengan tali, manik, reben sutera, renda reben, reben satin, benang berwarna-warni, tali emas atau perak. Anda kini mempunyai kotak hadiah yang indah untuk majlis anda!
Salam….
Saya ada sorang makcik yg uruskan kompang untuk pengantin… dia ada team dia sendiri jadi dia dapat banyaklah goodies macam ni termasuk bunga telur… semuanya dia simpan dalam satu almari… bila anak pompuan dia kahwin, dia gunakan semuanya dan memang tak perlu beli langsung… pelbagai jenis pulak tu… semua respek kat dia…
salam singgah
http://www.wargaalam.blogpsot.com