web
counter

3 Makanan Berdasarkan Tema Cenderahati Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

Tema 1: Tema Perkahwinan Coklat

Sekiranya anda membeli coklat putih atau hitam untuk dijadikan cenderahati perkahwinan, anda mungkin boleh mengabungkan kedua-dua coklat susu dan badam dalam satu kotak.

Idea terbaik adalah untuk mempunyai cuma satu perisa coklat apabila menyediakan cenderahati perkahwinan. Sebab semakin banyak perisa yang anda pilih, semakin banyak duit yang kena anda belanja. Anda mungkin sudah mendapat pembekal coklat yang membekalkan coklat dengan harga borong, macam ni anda boleh memilih coklat yang mempunyai beberapa perisa yang berlainan.

ferraro rocher coklat
ferraro rocher coklat

Anda boleh memilih cookies coklat yang diperbuat atas sebatang kayu, coklat berbentuk love, coklat M & M, coklat pudina, coklat bar dan sebagainya. Sebenarnya, anda boleh mendapat macam-macam coklat apabila memilih perisa, reka bentuk dan gaya cenderahati perkahwinan coklat anda.

Tetapi apa yang benar-benar perlu anda buat untuk melengkapkan cenderahati coklat anda adalah menambahkan sesuatu peribadi pada makanan tu. Anda boleh menyediakan tag kecil yang mempunyai nama pengantin perempuan dan pengantin lelaki, tarikh perkahwinan, pepatah manis atau sekurang-kurangnya perkataan terima kasih pada cenderahati perkahwinan coklat. Ia boleh jadi sangat menarik apabila tag tu ditampalkan atas balutan coklat. Hiasi jenis peribadi boleh menjadi lebih mahal daripada sebuah bungkusan di luar yang mengatakan “terima kasih kerana menyertai hari istimewa kami.” Tidak kira apa cara yang anda pilih, cenderahati perkahwinan coklat dah tentu merupakan sesuatu yang popular untuk disediakan untuk perkahwinan.

Tema 2: Tema Perkahwinan Cookie

Tema cenderahati perkahwinan cookie adalah pilihan kedua yang boleh dipertimbangkan jika anda sedang mencari sesuatu makanan yang boleh diberikan kepada tetamu dalam perkahwinan. Kebanyakan pasangan mahu sesuatu yang boleh mengenangi hari perkahwinan mereka dan pada masa yang sama boleh digunakan sebagai tanda penghargaan mereka untuk tetamu yang menghadiri perkahwinan mereka. Memilih cookie perkahwinan adalah pilihan yang baik untuk pasangan pengantin. Cookie boleh menambah hiasan untuk majlis perkahwinan dan dihargai oleh tetamu.

Cenderahati perkahwinan cookie buatan sendiri adalah cookie geometri seperti segiempat tepat, berlian, atau bentuk hati dan dihiasi dengan monogram atau nama pasangan pengantin. Ia dah jadi sesuatu yang sangat popular di kalangan pasangan yang menyediakan perkahwinan. Cookie boleh dibuat bersepadan dengan warna tema perkahwinan dan boleh mempunyai hiasan lain seperti hati, bulatan dan banyak bentuk lagi. Kebanyakan cookie sering diperbuat daripada resipi cookie mentega tetapi sebenarnya ia boleh diubah suai ke pelbagai perasa. Selepas tu, setiap cookie boleh dibalut di dalam bungkusan plastik dan diikat dengan reben hiasan. Makanan ini boleh menjadi cenderahati yang baik untuk hari perkahwinan.

Cookie kek adalah satu lagi reka bentuk yang bagus. Cookie kek boleh dihiasi supaya ia kelihatan seperti kek perkahwinan. Ia boleh disediakan dengan bilangan yang banyak dan dipotong kepada potongan kecil, diisi ke dalam beg dan boleh diambil balik rumah oleh tetamu.

Satu lagi reka bentuk cookie bagus untuk cenderahati perkahwinan cookie adalah pakaian malam pria(tuxedo) dan cookies gaun pengantin. Cookies ini dipotong dalam bentuk pakaian malam pria perkahwinan atau gaun pengantin dan dihias masing-masing. Ini adalah satu reka bentuk comel yang akan disukai oleh semua tetamu. Satu tambahan yang baik untuk cookie ini adalah dengan meletakkan tuxedo dan gaun bersama-sama yang mempunyai label nama pengantin perempuan dan lelaki di atasnya.

Cookies fortune akan menjadi pilihan yang hebat untuk cenderahati perkahwinan cookie. Cookies ini boleh dihiasi dan dibalut dengan topping daripada pembekuan. Bahan dalam cookies boleh disediakan dengan sesuatu yang sesuai untuk majlis perkahwinan dan akan membawa banyak keseronokan dan perbualan dalam majlis perkahwinan.

Tema 3: Tema Makanan Perkahwinan

Cenderahati perkahwinan adalah cara yang menyenangkan untuk memberikan ucapan terima kasih anda kepada tetamu. Satu idea yang baik ialah memilih sesuatu yang boleh dimakan. Cenderahati yang boleh dimakan memberi peluang untuk anda memberikan sesuatu yang tradisional kepada semua orang pada hari istimewa anda.

Gula-gula atau kuih-muih buatan sendiri adalah sesuatu yang boleh mengekalkan keingatan dan merupakan idea makanan tradisional yang bagus buat masa ini juga. Terdapat beberapa syarikat mengeluarkan makanan dengan rekaan khas. Gula-gula atau pudina yang diisi dalam kotak tin comel bersaiz poket jadi semakin popular untuk semua pengantin membelikannya dan beri kepada tetamu. Idea ini boleh menjadi praktikal sekali sebab selepas habis makanan, kotak tin ni boleh digunakan untuk menyimpan barang-barang kecil yang lain.

Gula-gula dan coklat lain yang boleh makan dan diisi dalam kotak tin termasuk Cadbury, Beryls, Ferraro Rocher, Mint, Sugus dan lain-lain lagi. Pelbagai jenis gula-gula pudina dan idea-idea yang unik boleh didapati untuk dijadikan sebagai cenderahati perkahwinan dan ia amat sesuai untuk pasangan pengantin yang mempunyai jenis gula-gula yang mempunyai perisa khas.

Sesetengah syarikat menawarkan cenderahati perkahwinan yang boleh dimakan dalam bentuk kopi atau teh. Ramuan khas kopi atau teh boleh dibungkus dalam logo perkahwinan khas yang mempunyai nama pasangan pengantin dan tarikh perkahwinan. Untuk campuran unik, cenderahati yang mempunyai cappuccino atau campuran coklat panas boleh dimasukkan ke dalam tema perkahwinan. Cenderahati yang khas ini pasti akan membawa senyuman kepada semua tetamu dalam perkahwinan anda.

manicure set promotion

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top