Jika anda ingin berkahwin, mestilah anda menghadiri kursus kahwin sebelum anda layat untuk perkahwinan. Terdapat banyak pusat di Kuala Lumpur yang bertauliah untuk menganjurkan kursus perkahwinan islam yang dilantik oleh pihak jabatan agama islam wilayah persekutuan (JAWI) dengan kerjasama dari JAKIM. Tempoh biasanya dalam 2-3 hari.
Prosedur perkahwinan di Malaysia bagi golongan Melayu berkaitan dengan langkah-langkah yang harus dipatuhi untuk berkahwin dari segi urusan rasmi agama Islam. Ia melibatkan pendaftaran, penyediaan dokumen dan urusan di Jabatan Agama Islam. Boleh anda buat pendaftaran kursus kahwin di tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Boleh anda rujuk di sini untuk semua tempat yang disenaraikan. Kebanyakan pusat mengadakan kursus pada hari Sabtu dan Ahad saja tetapi ada juga pusat yang mengadakan kursus kahwin pada hari bekerja.
Sebelum menghadiri, mestilah anda buat pendaftaran di satu pusat kursus perkahwinan. Borang seperti yang ditunjukkan kena diisi dan harga untuk yuran kursus adalah RM80 – RM120 seorang.
Muat Turun borang di sini
Soalan Yang Ditanya
Anda mungkin kena jawab soalan semasa menjalani kursus kahwin. Soalan biasanya meliputi:
- Doa qunut
- Rukun iman
- Rukun nikah
- Rukun islam
- Sebab-sebab mandi wajib
- Tanggungjawab suami/isteri
Modul
Modul kursus kahwin akan menggunakan modul MBKPPI yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Gambar di bawah menunjukkan rujukan modul pra perkahwinan yang akan anda mengalami dalam kursus perkahwinan.
Syarat
Terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk peserta mendapat sijil kursus perkahwinan. Antara syarat-syarat ialah bagi pakaian, peserta dikehendaki berpakaian yang menutup aurat. Bagi lelaki mereka kena berbaju melayu dan berpakai songkok. bagi perempuan mereka kena memakai baju kurung dan bertudung.
Setiap peserta mesti menghadiri diri untuk setiap sesi yang ditetapkan dan membuat tandatangan yang penuh bagi senarai kehadiran diedarkan oleh penganjur untuk setiap sesi. Peserta datang lewat lebih daripada 15 minit setelah sesi kursus bermula atau tidak membuat tandatangan yang penuh bagi senarai kehadiran akan dianggap tidak hadir dan kelayakan penerimaan sijil kursus kahwin akan dinafikan.
Peserta yang tidak hadir penuh untuk semua sesi kursus akan dikehendaki untuk mengganti semula sesi yang tidak dihadiri pada minggu-minggu seterusnya. Sijil kursus perkahwinan cuma akan diberikan selepas peserta mengesahkan diri telah menghadiri sesi penuh. Tempoh untuk sijil kahwin siap sedia adalah dalam masa lebih kurang 1 minggu selepas kursus tamat.
Kursus Perkahwinan di Kuala Lumpur (KL)
Wangsa Maju
Nama Pusat: Astana Mukmin
Alamat : No-7-1, Jalan Wangsa Delima 12, D’ Wangsa, 53300 Kuala Lumpur.
Laman Web: kursuskahwin.org
Nombor Telefon: 019-2235067 (En. Azmal)
Ampang
Nama Pusat: Rihan
Alamat: PLAZA AMPANG CITY, Tingkat 12, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
(Berhampiran Bangunan RISDA, Flamingo Hotel)
Laman Web: Kursus Kahwin Ampang
Nombor Telefon: 012-294 3040
Setiawangsa
Nama Pusat: Mahligai Firdaus (HQ)
Alamat: 3-2-11, Wisma Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur. (Berhadapan Giant Setiawangsa, Sebelah BSN/Maybank)
Laman Web: Mahligai Firdaus
Nombor Telefon: 013-604 6333 / 013-229 8900
Bangsar
Nama Pusat: Zura’s Akademik
Alamat : Lot 2-1-1, Tingkat 1, Kompleks Niaga Utama, Jalan Bangsar Utama 3, 9100 Bangsar Utama, Kuala Lumpur. (Belakang LRT dan Dataran Maybank)
Laman Web: Zuras Akademik
Nombor Telefon: 03-22822211/019-2159709 (Encik Nor)
Petaling Jaya TTDI
Nama Pusat: WEP
Alamat: Dewan Kuliah, Tingkat 1, Masjid AL-Taqwa, Jalan Datuk Sulaiman 60000 Kuala Lumpur.
Laman Web: Masjid TTDI
Nombor Telefon: 012-294 3040 / 012-634 6533
Cheras
Nama Pusat: Plaza Dwitasik
Alamat: Blok A, Tkt 3 Lot A3-9 (Opposite Hong Leong Bank, Dataran Dwitasik) Jln Tasik Permaisuri 1 Bdr Sri Permaisuri.
Laman Web: sripengantin.com
Nombor Telefon: 017-5007894, 03-5637 1880, 03-9171 6789
Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi(Berhampiran Serdang, Putrajaya, UPM, Puchong dan Kajang)
Nama Pusat Kawin: BTS
Alamat: 9-1, Jalan 20B/146, Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
Laman Web: Kursus BTS
Nombor Telefon: 012-294 3040, 03-4253 3864 / 03-4260 4329
MARA
Nama Pusat: PKPI
Alamat: Tingkat 2, Bangunan Medan MARA, Kuala Lumpur.
Laman Web: Medan MARA
1Malaysia
Nama Pusat: Masjid Negara
Alamat: Dewan Kuliah Kursus Kahwin, Masjid Negara, Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur.
Laman Web: 1Malaysia
Nombor Telefon: 012-294 3040 hotline : 03-4260 4329 / 03-4253 3864
Wanis
Nama Pusat: Wanis
Alamat: No. 7A, Tingkat 1, Medan Tuanku, Jalan Tuanku Ab. Rahman, Kuala Lumpur. (Depan Maju Junction Mall, Sebelah Hotel Lotus, Atas Restoren Hanifa)
Laman Web: Wanis Kahwin
Emel: wanis.kahwin@yahoo.com.my
Nombor Telefon: 03-26943419, 012-3316005, 017-2567733, 012-6600956
Kursus Perkahwinan di Selangor
Damansara
Nama Pusat: Pusat Bandar Damansara
Alamat : Tingkat 2, Blok A, Damansara Business Centre, Jalan Damanlela, Pusat Bandar Damansara (atas CIMB Bank).
Laman Web: Kursus Damansara
Nombor Telefon: 012-6032257 (En. Fauzi) / 012-9783149 (Kak Ana)
Shah Alam
Nama Pusat Kursus Kahwin: JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor)
Alamat: Dewan Kuliah Pusat Pembangunan Kekeluargaan Islam, Aras G, Bangunan Sultan Idris Shah, No. 2 Persiaran Masjid, Seksyen 5 Bukit SUK. 40676. Shah Alam. Selangor.
Laman Web: ncr.jais.gov.my
Nombor Telefon: 03-55143613 / 03-55143612 (Ustazah Yuhaniz Bt Mohd Yusop)
Kuang, Gombak Barat
Nama Pusat: Kuang
Alamat: Jalan 17 3/4, 48050 Kuang, Selangor.
Laman Web: Rujukan Kuang
Nombor Telefon: 03-6038 3246
Putrajaya
Nama Pusat: Al Shahir Management
Alamat: Kompleks Kejiranan, Presint 16, Putrajaya, WP Putrajaya (Berdekatan Petronas dan Alamanda)
Laman Web: Al Shahir
Nombor Telefon: 019-2876979
Georgetown, Penang
Nama Pusat: Hasani Management & Consultancy/Ameer Enterprise
Alamat: A3-22/23. Tingkat 3, KOMTAR. Pulau Pinang.
Laman Web: Pulau Pinang Perkahwinan
Nombor Telefon: 04-2618811, 04-2641811
Johor
Tampoi, Johor Bahru
Nama Pusat: Pulai Utama Management
Alamat : No. 62-02, Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru Uda, 81200 Tampoi, Johor Bahru.
Laman Web : Tampoi
Nombor Telefon: 019-7327602 (Ustaz Berhan)
Johor Bahru
Nama Pusat: Pusat Bimbingan Keluarga Hidayah
Alamat: No. 34B, Tingkat 2, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda. 81200. Johor Bahru.
Laman Web: Johor Bahru
Nombor Telefon: 07-2344437, 012-7434259
Pontian
Nama Pusat: Masjid Jamek Pontian
Alamat: Masjid Jamek Bandar Pontian 82000 Pontian, Johor.
Laman Web: Masjid Jamek Pontian
Nombor Telefon: 019-7889112, 017-7809775
Melaka
Jalan Bukit Palah
Nama Pusat: Maim Bentara Sdn. Bhd.
Alamat: MAIM Bentara Sdn. Bhd., Kompleks Masjid Al-Azim, Fasa 11, Jalan Bukit Palah. 75400. Melaka.
Nombor Telefon: 06-2821871 / 06-2829360
Jasin
Nama Pusat: Ari Sinar Enterprise
Alamat : JB 6212, Jalan Desa Kesang 1, Taman Desa Kesang. 77000 Jasin. Melaka
Email: arisinar86@yahoo.com.my
Nombor Telefon: 012-2256834 (En. Rasyid) / 013-6485141 (Pn. Suzana) / 06 – 5296975
Negeri Sembilan
Sikamat, Seremban
Nama Pusat: Usrati Centre
Alamat : 453, Jalan Sri Pulai 26, Taman Sri Pulai 2, 70400, Sikamat, Seremban. Negeri Sembilan
Laman Web: Usrati Centre
Nombor Telefon: 019-6991851 / 06-7615951
Tampin
Nama Pusat: Pedoman Khusus Enterprise
Alamat: Blok B-7/3 & B-8/3 Bangunan Tampin Square, 73000, Tampin, Negeri Sembilan
Laman Web: Tampin
Nombor Telefon: 06-4418579 (Pejabat), 019-2976014 / 013-6377897
Perak
Ipoh
Nama Pusat: Hasani Management & Consultancy
Alamat: 23A, Medan Kidd, Perhentian Bas Ekspress. 32200. Ipoh. Perak Darul Ridzuan.
Laman Web: Hasani
Nombor Telefon: 05-2426095
Kelantan
Kursus kahwin di Kelantan disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Boleh anda rujuk ke laman ini untuk mengetahui jadual kursus yang diadakan. jaheaik.gov.my
Kursus Kahwin Terengganu
Kursus akan disediakan oleh Jabatan Hal Ehwan Agama Terengganu(JHEAT) dan dianjurkan oleh semua Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga. Ini adalah laman rasmi untuk JHEAT.
JheatWeb
Semua pasangan yang ingin kahwin boleh rujuk ke jadual kursus perkahwinan yang disediakan oleh JHEAT untuk mengetahui bila ada kursus diadakan di cawangan berlainan termasuk Hulu Terengganu, Kemaman, Marang, Setiu, Besut, Dungun, Kuala Terengganu.
Jadual Kursus
Sarawak
Kursus kahwin di Sarawak dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak. Boleh anda rujuk ke laman ni untuk jadual kursus pra perkahwinan di kawasan-kawasan Sarawak termasuk Betong, Bintulu, Kapit, Kuching, Limbang, Miri, Mukah, Samarahan, Sarikei, Sri Aman dan Sibu.
Hasani Kursus Kahwin
Hasani Management Consultancy ditubuh pada tahun 1990 dan ia merupakan penganjur Kursus Kahwin yang amat popular di Utara Semenanjung Malaysia termasuk negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak.
Laman Web: Hasani
rasa nak kahwin baru pun ada bila baca artikel ini..
Artikel yang membantu mereka diluar sana yang ada kemampuan untuk bernikah. Salam kenal admin.
Menarik info ni..ingat tau, kahwin kena kursus dulu..jgn kahwin larikkk hehe