Perkahwinan adalah permulaan bagi dua orang untuk hidup bersama-sama. Hari perkahwinan merupakan hari yang manis dan gembira tetapi juga amat penat sekali. Bagi pasangan keluarga itu bersama-sama untuk menyediakan kesemuaan perkara, kemungkinan mereka akan menghadapi banyak masalah yang tidak dihadapi.
Tetapi sebenarnya, jika anda boleh menyedia dengan berhati-hati, terdapat banyak perkara yang tidak diingini untuk berlaku boleh dielakkan. Mari kita mengkaji dan melihat bagaimana untuk mencegah perkara tidak baik berlaku dan membolehkan anda mempunyai satu perkahwinan yang paling sempurna tanpa sebarang kesal.
1. Saudara-mara Yang Datang Dari Jauh
Jika keluarga dan rakan-rakan anda datang dari luar kawasan untuk menyertai perkahwinan, maka pembayaran untuk penginapan dan pengangkutan boleh menjadi satu pembelanjaan besar. Jadi adalah perlu untuk anda mempertimbangkan dengan berhati-hati supaya bajet yang disediakan adalah cukup untuk semua ni.
2. Terlalu Ramai Orang Menyertai Jamuan Perkahwinan
Jika meja yang disediakan tidak cukup untuk memenuhi semua tetamu yang datang, jangan anda panik dan menyalahkan antara satu sama lain sebab tidak sediakan bajet dengan baik. Pertama, anda boleh menentukan sama ada semua meja telah dipenuhi dengan tetamu? Jika boleh, cuba untuk mengaturkan 1 -2 orang untuk mengisi ke meja yang tidak penuh. Jadi, untuk mengelakkan “kepenuhan meja” berlaku, Adalah baik untuk anda buat kiraan untuk beberapa kali sebelum perkahwinan anda.
3. Jangan Cuma Ambil Foto untuk Pengantin sahaja
Terdapat banyak kali apabila kita lihat balik gambar-gambar hari perkahwinan, ramai yang rasa tidak seronok langsung sebab muka mereka jarang kelihatan dalam gambar-gambar tu. Semua gambar-gambar cuma member tumpuan kepada pasangan pengantin sahaja.
Untuk mengelakkan perkara macam ni berlaku, anda boleh mencari seorang dari pihak lelaki dan seorang dari pihak wanita untuk mengetahui rakan-rakan dan saudara-mara mereka masing-masing dan bagi mereka membantu untuk mengambil gambar. Macam ini akan tidak tertinggal sesiapa pun yang menghadiri perkahwinan dalam gambar perkahwinan.
4. Barang Kemas dan Perhiasan Kena Curi
Rumah pengantin biasanya terdapat aliran orang ramai masuk dan keluar, jadi barang-barang kemas yang berharga senang saja kena curi. Pengantin jika kehilangan sesuatu barang mungkin akan jadi panik dan salahkan orang lain. Oleh itu, adalah baik untuk pengantin mengaturkan saudara-mara yang rapat untuk menjaga barang kemas yang berharga.