web
counter

Fesyen Hari Ini Untuk Pemberian Cenderahati Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

Tidak lengkap rasanya bertandang ke sebuah majlis perkahwinan tanpa membawa pulang sebarang tanda cenderahati perkahwinan. Apakah itu cenderahati? Cenderahati atau lebih sinonim dengan perkataan bahasa inggerissnya iaitu “door gift” merupakan buah tangan yang diberikan oleh tuan rumah kepada para tetamu sebagai tanda penghargaan kepada mereka kerana sudah memeriahkan suasana hari bahagia mereka.

sabun mawar
sabun mawar

Contoh-contoh Cenderahati Perkahwinan

Kebiasaannya, para tetamu akan diberikan cenderahati yang unik dan kreatif yang membolehkan mereka menggunakan cenderahati tersebut. Antara contoh cenderahati perkahwinan yang lazimnya diberikan kepada para tetamu adalah, coklat, sapu tangan, gula-gula, barang perhiasan kabinet dan sebagainya. Kesemua barangan yang disebutkan tadi akan digubah dan dihias dengan hiasan yang indah seperti ribbon, bunga-bunga keil, buluh-buluh kecil, dan sebagainya tergantung kepada tahap kreativiti seseorang.

Pemilihan Cenderahati Perkahwinan Yang Sesuai

Terdapat beberapa masalah di dalam pemilihan cenderahati perkahwinan dan antaranya ialah barang yang sesuai untuk dijadikan cenderahati, saiz yang sesuai, warna yang sesuai dan yang paling ketara sekali ialah berapakah jumlah kos yang akan ditanggung. Perbelanjaan bagi cenderahati menelan sejumlah kos yang besar di dalam bajet sesebuah majlis perkahwinan. Oleh itu, kini ramai yang mengambil langkah dalam membuat atau menghasilkan cenderahati sendiri demi mengurangkan kos yang tinggi yang terpaksa ditanggung. Ada juga kebaikkannya dalam menghasilkan cenderahati sendiri, antaranya ialah kita dapat menghasilkan cenderahati yang benar-benar mengikut selera hati kita. Kita juga akan lebih berbangga untuk memberi para tetamu kita cenderahati yang dibuat dengan keringat kita sendiri.

Oleh kerana kini ramai yang begitu gemar menghasilkan cenderahati sendiri, dibawah ini, saya selitkan beberapa buah cenderahati dan cara untuk menghasilkannya.

Sapu tangan berbentuk beg tangan

Cara untuk membuatnya agak mudah. Bahan-bahan yang diperlukan adalah sapu tangan, manik-manik kecil berbentuk bunga (atau berbentuk lain,mengikut cita rasa anda), bunga-bunga indah dan juga dawai yang bersesuain. Tampalkan manik-manik tersebut pada bahagian tepi sapu tangan itu. Tempatkan dawai pda bahgian penutup beg tangan itu. Pastikan dawai iti digam sedikit supaya tidak mudah tercabut. Selepas dilipat rapi dan kemas, letakkan bunga pada dawai sebahgai hiasan bagi menyerikan lagi cenderahati itu.

Cenderahati kek coklat dan marshmallow ala-ala lollipop

Cenderahati yang sangat menarik dan comel ini pasti dapat menarik perhatian si cilik yang datang bertandang bersama mama dan papa mereka.  Bahan-bahan yang mereka perlukan hanyalah marshmallow, kek coklat, batang ais krim, plastic jernih dan juga ribbon. Jika mereka mahir dalam membuat kek coklat, ini merupakan bonus bagi mereka kerana mereka tidak perlu menempah kek coklat itu daripada kedai kek atau pembuat kek.

Cenderahati bekas potpuri

Wangian potpuri seringkali menjadi pilihan tuan rumah kerana aromanya yang mapu menaikan semangat atau mood sesiapa sahaja yang menghidunya. Cara penyediaannya juga sangat mudah. Malah bahan-bahannya juga mudah didapati seperti bekas berbentuk hati (mengikut cita rasa tersendiri), potpuri, kain net pembalut dan juga kuntuman bunga kecil yang comel. Taburkan potpuri mengikut jumlah yang dikehendaki ke dalam bekas yang telah disediakan. Kemudian balut bekas tersebut dengan kain net pembalut dan ikat kain net tersebut dgn kuntuman bunga yang comel itu tadi. Untuk lebih terjamin ikatannya, ikat kain net tersebut dengan benang atau dawai kecil terlebih dahulu sebelum kuntuman bunga itu diikat pada kain net tersebut.

Cenderahati sabun mawar

Cenderahati ini sangat popular suatu ketika dahulu. Rata-rata wanita gemar mengukir sabun walaupun bukan dengan tujuan untuk dijadikan sebagai cenderahati. Bahan-bahan yang diperlukan juga amatlah ringkas dan mudah dipati seperti sabun yang terdiri daripada pelbagai warna, ribbon dan juga bekas berbentuk hati (mengikut cita  rasa tersendiri). Sabun yang sudah siap diukir akan ditempatkan ke dalam bekas yang disediakan. Kemudian, bekas itu akan diikat rapi oleh ribbon yang telah disediakan.

Secara kesimpulannya, cenderahati yang biasa kita dapat pada majlis-majlis perkahwinan, mempunyai maksud tersurat dan tersirat. Ramai yang beranggapan membeli terus cenderahati lebih menyenangkan kerja dan persiapan perkahwinan tetapi ada yang berkata ianya menelan kos yang tinggi. maka dari itu ramai yang menghasilkan cenderahati perkahwinan buatan sendiri yang lebih menjimatkan dan member kepuasan yang lebih kepada tuan rumah.

Artikel berkaitan:
Kit Kecemasan Perkahwinan

manicure set promotion

2 thoughts on “Fesyen Hari Ini Untuk Pemberian Cenderahati Perkahwinan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top