web
counter

Keperluan Kad Jemputan Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

Kad jemputan perkahwinan merupakan medium ataupun cara menyampaikan pesanan kepada para jemputan mengenai majlis yang bakal diraikan oleh pasangan pengantin. Di dalam kad kahwin biasanya akan tertera nama pasangan pengantin dan ibu bapa mereka, tarikh majlis, aturcara majlis, nombor telefon ahli keluarga yang boleh dihubungi dan juga peta.

Berbeza dengan dahulu, kini terdapat banyak jenis kad jemputan perkahwinan yang unik, kreatif dan cantik mengikut cita rasa pasangan pengantin. Pasangan pengantin juga tidak perlu bimbang kerana mereka mampu menempah kad jemputan perkahwinan pada harga yang sangat berpatutan. Kita semua sedia maklum bahawa bajet persiapan majlis perkahwinan biasanya menelan kos yang tinggi. oleh itu mereka perlu bijak memilih.

kad jemputan perkahwinan
kad jemputan perkahwinan

Gambar di atas merupakan kad jemputan perkahwinan yang paling murah. Biasanya berkos RM0.10 sahaja. Tetapi kualitinya agak kurang memuaskan kerana ia diperbuat dengan menggunakan kertas A4 sahaja. Design ataupun coraknya dibuat menggunakan Microsoft words dan kemudian difotokopi mengikut jumlah yang dikehendaki. Kad jemputan ini sesuai bagi mereka yang sangat menitikberatkan kos atau mereka yang ingin jimatkan kos.

kad kahwin 2

Gambar di atas merupakan kad jemputan perkahwinan yang ringkas. Di muka hadapannya tidak tertulis apa-apa. Para pelanggan boleh memilih untuk membuat hot stamping di muka hadapan kad tersebut. Caj tambahan biasanya akan dikenakan jika mereka mahu menambah servis hot stamping.

r6

Gambar di atas menunjukan kad jemputan perkahwinan yang biasa terdapat di mana-mana kedai yang menawarkan perkhidmatan mencetak kad jemputan perkahwinan. Biasanya design kad telah tersedia, para pelangan hanya perlu memilih warna dan memilih sama ada mereka mahukan nama mereka ditulis pada kad tersebut ataupun tidak.

r9

Gambar di atas merupakan kad jemputan perkahwinan yang agak popular. Kad jemputan perkahwinan ini dilipat tiga menjadikannya mempunyai tiga bahagian. Kad ini juga sesuai jika kedua-dua belah pihak pengantin ingin berkongsi kad jemputan perkahwinan yang sama.

Selain daripada kad jemputan perkahwinan di atas, terdapat banyak lagi jenis kad jemputan perkahwinan yang lebih moden dan terkini. Gambar-gambar di bawah merupakan sebahagian daripada koleksi kad jemputan perkahwinan yang terkini.

r9b

Gambar-gambar di atas merupakan kad jemputan perkahwinan yang berlainan. Biasanya, kad seperti ini agak mahal jika dibandingkan dengan kad jemputan perkahwinan yang biasa. Kad jemputan seperti ini sesuai bagi mereka yang mementingkan majlis perkahwinan yang akan diingati oleh mereka dan para tetamu yang hadir.

Kesimpulannya, kad jemputan perkahwinan yang menarik mampu menggambarkan imej atau presepsi para tetamu terhadap majlis yang bakal berlansung itu. Oleh itu, pasangan pengantin perlulah bijak dalam memilih kad jemputan perkahwinan yang sesuai. Seboleh-bolehnya, para pengantin diingatkan supaya tidak terlalu kedekut dalam menempah kad jemputan perkahwinan kerana majlis yang penuh dengan memori indah ini hanya berlaku sekali di dalam seumur hidup mereka.

Untuk pelbagai pilihan dan design, anda boleh kunjungi laman kami dan buat tempahan kad kahwin murah yang boleh menjimatkan wang anda dengan kad yang cantik lagi elegan.

Artikel berkaitan:
DIY Kad Kahwin Atau Beli?

manicure set promotion

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top