web
counter

Lagu Best Untuk Majlis Perkahwinan

Gift Kahwin Ads
lagu majlis kahwin
lagu majlis kahwin

Hujung-hujung tahun ni mesti banyak jemputan ke majlis perkahwinan atau kesyukuran sanak saudara ataupun rakan-rakan. Dalam bulan 12 ni ada la 3 kad jemputan aku dapat. Niat semestinya nak menghadirkan diri ke setiap majlis tapi mungkin tidak kesampaian.

Apa nak buat, kerja tetap kerja. Bukan tak boleh apply cuti, masalahnya cuti tahunan aku cuma tinggal 2 hari je. Itupun nak digunakan untuk hari yang sangat sangat memerlukan aku untuk cuti. Apa-apapun insyaAllah jemputan akan diserikan dengan kehadiran aku nanti chee wah hahaha.

Tau ke sekarang ni aku tengah buat apa? Aku sekarang sedang menjalankan tugas sebagai seorang deejay majlis perkahwinan sambil melayari Internet haha. Pasang lagu je, takde buat ucap apa-apa pun suruh mak pakcik layan diri bila nak makan tu pastu sila letakkan pinggan dan gelas ke dalam bekas yang disediakan, takde.

Pasang je berpuluh-puluh lagu dalam winamp, biarkan ia shuffle dari satu track ke satu track secara automatik. Kan mudah kerja aku eheh.

Semalam aku berhempas pulas mencari lagu-lagu berkonsepkan nasyid yang sesuai dengan majlis perkahwinan ni. Yelah, pasang lagu semasa majlis perkahwinan ni taboo bagi sesetengah orang. Jadi pemilihan lagu tu amat penting untuk menjaga sensitiviti golongan tersebut. Tak boleh fikir sedap didengar telinga sendiri je, kan? 1 Malaysia la katakan hehe…apa kaitan??!

Ok. Dalam playlist winamp yang aku tengah pasang ni (pengantin baru lepas berarak) ada 45 buah lagu yang aku fikir sesuai untuk diputarkan sepanjang majlis berlangsung. Takdelah semua sebenarnya pun yang sesuai. Sekadar nak pelbagaikan lagu je hehe. Oh, sekarang ni acara makan beradab lak. Tak lama dah turn aku nanti ececeh haha.

Berikut adalah 45 senarai lagu yang boleh korang guna (kalau nak gunalah) dalam majlis perkahwinan:

  1. Kompang (1)
  2. Kompang (2)
  3. Rabbani – Pengantin Baru
  4. Izam Eye & Waheeda – Kompang Dipalu
  5. Mestica – Selamat Pengantin Baru
  6. Nadamurni – Pengantin Baru
  7. Amar – Amani
  8. DeHearty – Siti Zulaikha
  9. DeHearty – Wanita
  10. DeHearty – Bidadari Hidupku
  11. Dehearty – Pengantin Baru
  12. Devotees – Kekasih
  13. Devotees – Mahar Cinta
  14. Far East – Bingkisan Rindu
  15. Far East – Cinta Pertama
  16. Hijjaz – Rumahku Syurgaku
  17. In Team – Bisikan Nurani
  18. In Team – Setanggi Syurga
  19. In Team – Nur Kasih
  20. In Team – Keluarga Penyayang
  21. In Team – Doa Seorang Kekasih
  22. In Team – Impian Kasih
  23. In Team – Kasihku Abadi
  24. In Team – Sutera Kasih
  25. Mestica – Destinasi Cinta
  26. Mestica – Kerana Cinta feat In Team
  27. Mirwana – Permataku
  28. Munif Ahmad – Bidadari
  29. Nazrey Johani – Isteri Solehah
  30. Rabbani – Bidadari
  31. Rabbani – Cari Pasangan
  32. Saff One – Isteri Solehah
  33. Saff One – Seri Seorang Isteri
  34. Saujana – Keluarga Bahagia (Minus One)
  35. Selamat Pengantin Baru (Instrumental)
  36. Suhaimi – Kias Cinta
  37. The Zikr – Isteri Solehah
  38. UNIC – Hanya Tuhan Yang Tahu
  39. UNIC – Atas Nama Cinta
  40. UNIC – Cahaya Cinta
  41. UNIC – Insan Bernama Kekasih
  42. UNIC – Mahligai Kasih
  43. Wildan – Setia Seorang Isteri
  44. Zaleha Hamid – Bunga Rampai
  45. Zaleha Hamid – Selamat Pengantin Baru

Zaleha Hamid? Eheh, abaikan lagu-lagu ni dalam kategori nasyid. Aku rasa lagu ni macam lagu wajib untuk kenduri kahwin. Lagu yang boleh menaikkan kemeriahan sesuatu perkahwinan, jadi rasanya tak salah aku masukkan dalam carta HotFM carta winamp versi 5.56 pro ni.

Jika korang menggunakan winamp, terdapat beberapa setting yang perlu korang buat supaya lagu yang korang pasang tu bunyinya lebih sedap dan efek untuk shuffle pun lebih menarik. Dalam entri seterusnya aku akan tunjukkan setting asas ni kepada korang. Itupun kalau korang guna winamplah.

Kalau guna player lain aku tak berapa selesa dan tak berapa pandai nak alter setting yang ada. Terpulang pada diri masing-masing 😉

Selamat pengantin baru kepada mereka yang berkenaan. Yang belum, cepat-cepatlah kawan hehe. Sesungguhnya perkahwinan itu adalah sunnah Nabi s.a.w.

Gambar asal kredit kepada http://mohdrazali.com

manicure set promotion

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top