Gula-gula dan coklat adalah sesuatu makanan ringan yang sangat sesuai dijadikan cenderahati dalam sesuatu perkahwinan. Dengan kemajuan pembentukan jamuan dan majlis perkahwinan hari ini, pembungkusan gula-gula dan coklat juga telah menerima perubahan yang banyak. Sungguhpun gula-gula dan coklat biasanya bersaiz kecil, tetapi ia adalah berkaitan dengan gaya dan keseluruhan suasana perkahwinan.
Memakai kotak gula-gula dan coklat yang baik dan bergaya membuat pengantin baru menerima sambutan yang hebat, perkahwinan mereka juga akan dijalani dengan penuh maruah. Selain daripada itu, pembungkusan gula-gula dan coklat dengan kotak yang baik bukan saja boleh jadikan ia mempunyai suasana seni dan budaya, maka ia juga boleh menunjukkan bahawa pengantin baru tu mempunyai gayaan yang lebih menyerlahkan personaliti dan rasa peribadi. Tanpa mengira makna untuk memberikan gula-gula atau coklat dalam kotak dan diberikan kepada tetamu, sebagai perkahwinan manis, memilih sesuatu yang mempunyai personaliti seperti Lavender Tin Box yang menyalut dengan organza reben seperti yang ditunjukkan dalam gambar pasti akan menjadikan perkahwinan anda lebih gaya dan fesyen.
Cenderahati merupakan cara yang baik untuk menunjukkan penghargaan anda kepada sokongan tetamu dan memberi mereka sesuatu souvenir yang boleh diingati selepas hari perkahwinan anda. Tetapi terdapat banyak cenderahati yang kerap ketinggalan atau dibuangkan begitu sahaja. Untuk menjamin hadiah anda mendapat perhatian, anda perlu memilih and menyedia cenderahati dengan berhati-hati.
Cuba Sebelum Anda Beli
Sebaik sahaja anda telah membuat keputusan tentang sesuatu cenderahati yang sesuai, anda boleh cuba dengannya terutama jika anda membeli secara online. Anda boleh beli beberapa sampel sebelum anda menekan butang “order now” dan mendapat 1000 cenderahati yang bukan apa yang anda mahu. Anda ingin memastikan kotak tin itu seperti apa yang anda anggapkan atau saiznya sesuai untuk memuat barangan yang anda ingin masuk ke dalam. Jika anda hanya membeli tag peribadi atau pembungkusan untuk membalut hadiah buatan sendiri, meminta untuk melihat sampel untuk memastikan semua perkataan dieja dengan betul. Anda perlu membuat perancangan untuk menempah cenderahati beberapa bulan sebelum perkahwinan untuk membenarkan diri anda mempunyai masa yang cukup untuk membuat penyediaan atau tambahan kraf ke atas kotak tin itu.
Membuat Tempahan Tambahan
Sama ada anda memilih untuk memberikan satu cenderahati bagi setiap tetamu atau setiap pasangan, anda perlu memastikan bahawa anda sentiasa mempunyai bekalan cenderahati yang mencukupi. Buat tempahan tambahan dengan mengangka kira-kira 10 cenderahati tambahan untuk setiap 100 tetamu. Juga anda perlu pertimbangkan dalam kes dimana sebahagian cenderahati mungkin boleh hilang atau rosak dalam transit. Tambahan juga, beberapa tetamu akan mengambil lebih daripada satu cenderahati, dan anda mungkin juga untuk simpan beberapa cenderahati untuk anda sendiri sebagai kenangan.
Walaupun mereka dianggap sebagai hadiah untuk majlis, cenderahati boleh diedarkan pada bila-bila masa, dari awal perkahwinan hingga akhir malam. Penyediaan cenderahati kotak tin itu boleh diisi dengan gula-gula dan coklat, dan ditambah hiasi dengan tag dengan nama dan tarikh perkahwinan anda.
Cenderahati yang lebih kecil dimasuk ke dalam kotak tin dengan hiasan yang cantik boleh menambah keindahan di tempat tetamu. Jika cenderahati anda adalah menarik dan cukup besar, anda boleh membuat keputusan untuk menetapkan meja khas di dewan penerimaan atau berhampiran pintu keluar untuk tetamu merebutnya dalam perjalanan mereka keluar. Biarkan tetamu tahu cenderahati adalah bagi mereka ambil pulang dengan melampirkan tag untuk setiap satu, atau dengan meletakkan nota besar yang dirangka dengan perkataan, “Sila ambil satu,” maka tetamu akan tahu mereka boleh ambil cenderahati hati itu.
Walau bagaimanapun anda memutuskan untuk membentangkan cenderahati anda, anda perlu aturkan seorang untuk menjaga mereka. Anda boleh dapat bantuan daripada ahli keluarga, saudara-mara atau rakan-rakan yang rapat. Pastikan mereka tahu dengan tepat di mana anda mahu cenderahati diletak. Sebaik-baiknya, anda akan mahu untuk memberi mereka gambaran yang lebih nyata supaya mereka dapat melakukan tanggungjawab mereka dengan lancar.