Seperti jenis reben yang lain, reben velvet juga mempunyai permintaan yang tinggi oleh orang ramai. Ia biasanya digunakan untuk memperindahkan reben lain.
Saiz dan Warna Reben Velvet
Setelah membuat survey dan penyelidikan, kami mendapati ramai lebih suka menggunakan reben velvet berukuran 6mm. Dengan itu, kami telah membuat keputusan untuk focus ke atas reben velvet metallic yang berukuran 6mm. Warna yang ada ialah warna Emas, warna Ungu, warna Merah dan Warna Perak. Anda boleh membeli mengikut panjang meter yang anda kehendaki untuk mengelakkan pembaziran wang.
Ciri-ciri Reben Velvet
Reben velvet metalic mempunyai permukaan yang berkilat-kilat. Oleh itu, ia amat sesuai untuk digunakan untuk membuat perhiasan contohnya perhiasan atas pokok Christmas ataupun untuk menghiasi pelamin pengantin baru ketika majlis perkahwinan. Reben ini dibuat daripada filament nilon yang berkualiti tinggi dan melalui proses pencelupan yang berterusan. Semua reben velvet yang kami bekalkan adalah berkualiti tinggi dan mempunyai tekstur yang halus. Ia juga mempunyai daya tahan luntur yang kuat di mana anda boleh mencucinya.
Artikel berkaitan: