web
counter

Pemberian Mas Kahwin atau Mahar

Gift Kahwin Ads

Apa Ertinya Mas Kahwin?

Mas kahwin atau mahar (Arab: مهر‎) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Dalam masyarakat Melayu, ia disebut dengan nama sedemikian mungkin sebab ia merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas. Ia adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah.

Rujukan dan penjelasan dari Wikipedia

Penjelasan selanjutnya

Mas kahwin atau Mahar adalah hadiah yang diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan selepas majlis akad nikah. Ia melambangkan permulaan tanggungjawab terhadap isterinya dalam memenuhi keperluan isteri.

mas kahwin

Pemberian mahar boleh dalam bentuk wang tunai atau faedah, seperti emas, perak, atau wang tunai. Mahar adalah hak pengantin perempuan dan dia memiliki Mahar. Oleh itu, pengantin perempuan itu boleh membuat apa-apa saja dengan mas kahwin itu mengikuti kehendakannya.

Kadar minimum semasa bagi mas kahwin atau mahar di Malaysia adalah berlainan mengikuti negeri. Ia adalah ditentukan oleh Majlis Istiadat Melayu yang telah dipersetujui oleh D.Y.M.M sebagai ketua Agama Islam Negeri.

Sebagai contoh, Negeri Selangor anak dara adalah sebanyak RM 80.00 manakala janda sebanyak RM 40.00. Kadarnya tidak ditetapkan, terpulang kepada pasangan yang ingin berkahwin. Manakala wang hantaran pula, ia adalah sebagai adat sahaja.

Anda boleh semak chart bawah untuk mendapati maklumat tentang pemberian mas kahwin di negeri-negeri yang berlainan.

mas kahwin

Tiada had dan sekatan untuk bayaran

Walaupun pihak berkuasa dalam negeri di Malaysia telah menetapkan pemberian dan bayaran mas kahwin, tetapi ia hanya satu rujukan bagi kadar minimum yang perlu diberikan oleh pengantin lelaki kepada pihak perempuan. Pengantin lelaki boleh memberikan yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan jika dia mampu.

Perbezaan antara mas kahwin dan gubahan hantaran

Ia memang ada perbezaan antara mask hawin dan gubahan hantaran. Mas kahwin atau Mahar adalah pemberian wajib daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Tetapi gubahan hantaran boleh dianggap sebagai hadiah dari suami kepada isteri.

Gubahan hantaran tidak mesti diberikan kepada pihak perempuan dan ini terpulang kepada pihak lelaki sama ada dia ingin berikan atau tidak. Tiada ketetapan untuk kadar minimum bagi gubahan hantaran yang kena pihak lelaki berikan.

Di masyarakat Melayu, wang hantaran adalah sebagai bantuan bagi pihak perempuan untuk belanja dalam menyediakan perkahwinan. Ia boleh dianggap sebagai hadiah tambahan bagi pihak perempuan dengan tujuan untuk mengurangkan bebannya dan dia mempunyai hak untuk menentukan macam mana nak belanjakan.

Mas kahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut semasa akad nikah. Jika ia disebut dalam akad akan dibayar secara wang tunai oleh pengantin lelaki pengantin perempuan mempunyai hak menghalang pengantin lelaki dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan mahar yang wajib diberi.

Jika isteri diceraikan sebelum berlaku persetubuhan, maka gugurlah separuh mas kahwin sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud “Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan kamu telah menentukan kepada perempuan tersebut akan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu”. Kadar mas kahwin juga akan diambilkira untuk Hakim semasa menentukan kadar tebus talak sekiranya pihak-pihak itu ditakdirkan kemudiannya bercerai secara tebuk talak. Apabila maskahwin tidak dibayar dan tidak dihalalkan oleh isteri, isteri berhak mendapat maskahwin itu walaupun setelah bercerai.

manicure set promotion

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top