web
counter

Pelbagai Reben Satin Yang Luas Penggunaannya

Gift Kahwin Ads

Reben satin merupakan salah satu jenis reben yang tinggi permintaannya di dalam pasaran. Permukaannya yang licin dan halus seperti sutera menjadikannya popular di kalangan jenis reben yang ada.

Kegunaan Reben Satin

Anda mungkin tidak perasan dengan kewujudan reben satin di sekeliling anda. Contohnya di rumah, ibu anda berkemungkinan menggunakan reben tersebut untuk mengikat tirai pintu atau tingkap. Disebabkan warna reben adalah berwarna-warni seperti pelangi, maka untuk mengikat tirai pintu atau tingkap, ibu anda senang untuk mencari warna yang bersesuaian untuk tujuan tersebut. Bagi yang gadis pula, cuba anda periksa almari baju anda. Saya pasti mesti terdapat sehelai atau dua daripada baju anda mempunyai reben satin yang dijahit ke atas baju anda sama ada dalam bentuk bunga reben untuk perhiasan atau sebagai berfungsi tali pinggang. Bagi yang bertunang atau berkahwin, reben juga banyak digunakan untuk menghiasi gubahan hantaran perkahwinan. Ramai juga membuat cekak rambut atau headband dengan menggunakan reben satin yang bersaiz kecil dan kemudiannya dihiasi dengan bunga reben.

Jenis-jenis Reben Satin

Buat masa ini, kami hanya anda menjual 5 jenis reben satin.

  • Reben Satin Berwarna Plain

Reben jenis ini mempunyai dua jenis ukuran atau saiz iaitu 6mm dan 20mm. RamaiĀ  yang menggunakan reben plain ini untuk membuat kraftangan seperti kerongsang baju, membuat cenderahati perkahwinan dan sebagainya.

ribbon satin 2cm

  • Reben Satin Dengan Tepian Emas

Reben yang dengan tepian emas ini berukuran 6mm. Di bahagian atas sebelah tepi reben tersebut telah ditambah warna emas untuk memperindahkan reben itu.

  • Reben Satin Polka Dot

Permukaan reben telah ditambah dengan dot dot yang berlainan warna. Reben jenis ini banyak digunakan untuk membungkus hadiah atau untuk parti hari jadi. Saiznya ialah lebar 9mm.

satin polka dot ribbon 10mm

  • Satin Christmas

Permukaan reben yang dicetak dengan gambar-gambar Hari Christmas seperti pokok Christmas dan salji biasanya digunakan untuk menghiasi rumah atau pokok Christmas menjelang perayaan Hari Christmas. Ia juga boleh digunakan untuk membalut hadiah semasa perayaan tersebut. Reben ini berukuran lebar 9mm.

  • Reben Satin Cetakan Gambar

Ia mempunyai cetakan bunga dan gambar-gambar yang cantik. Banyak digunakan untuk membuat penggantung tag nama untuk pekerja-pekerja kilang. Saiznya ialah lebar 22mm dan 38mm.

Artikel berkaitan:
Cara-cara Untuk Membuat Ribbon Bow

manicure set promotion

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top