web
counter

Tradisi Pernikahan Adat Melayu

Gift Kahwin Ads

Dalam melaksanakan sesuatu perkahwinan di dalam masyarakat Melayu, keluarga pengantin perlu mengikuti dan mengamalkan beberapa adat tradisi yang telah diamalkan sejak berkurun lamanya.

Tidak seperti budaya barat yang lebih terbuka dan bebas, tradisi pernikahan adat melayu mengamalkan satu pendekatan yang memupuk semangat perhubungan kekeluargaan dan saling kasih sayang.

tradisi pernikahan
tradisi pernikahan

Menyorot kembali tradisi lama pernikahan adat melayu di zaman sebelum dan selepas kemerdekaan, kita dapati pasangan tidak sesekali akan menguruskan sesebuah perkahwinan mereka bersendirian. Mereka akan memastikan kedua ibu bapa mereka akan menjadi perantara yang akan menjadikan kedua-dua keluarga mempelai menjadi bersaudara.

Pantang dan larangan kedua-dua mempelai berjumpa amat keras sekali sehinggakan pasangan lelaki perlu berusaha mencuri peluang untuk melihat bakal pasangannya ketika perempuan itu keluar untuk membasuh pakaian atau untuk mandi saja. Jika tidak maka amat sukarlah untuk melihatnya kerana anak-anak perempuan biasanya dikawal oleh ibubapa dan dikehendaki duduk dirumah saja.

Di samping itu, sifat malu yang ada pada kaum wanita menjadikan mereka agak terlindung didalam rumah dan melakukan kerja-kerja yang terhad saja. Hal demikian menjadikan urusan perkahwinan akan ditentukan sepenuhnya oleh kedua-dua ibu bapa mereka.

Samada suka atau tidak anak-anak perempuan mereka terpaksa mengikut nya kerana atas fahaman bahawa jika membantah akan berlaku pertelingkahan dan akan di cop anak derhaka.

Keadaan semakin berubah dengan faktor peningkatan ekonomi negara dan rakyat Malaysia semakin berubah dengan berubahnya lanskap ekonomi negara. Anak-anak tidak lagi terperap di rumah atau dikampung membuat kerja-kerja kampung malah mereka ramai yang telah berhijrah kebandar-bandar besar untuk mencari kerja. Keadaan dan perubahan tersebut telah menyumbang kepada perubahan sikap yang besar terhadap anak-anak muda Melayu.

Sosial mereka semakin terdedah dengan tidak lagi dikongkong oleh kedua-dua ibu bapa menyebabkan mereka bebas berhubung dengan sesiapa saja. Disokong pula dengan kemajuan teknologi masa kini memudahkan dan mendekatkan sesiapa saja.

Pergaulan Sosial Mengubah Tradisi Adat Melayu

Perhubungan sosial yang bebas ini menjadikan anak-anak muda melayu dengan bebas boleh memilih pasangan mereka yang disukai. Adat Melayu sebelum ini telah diubahsuai berlandaskan lanskap pemodenan ekonomi negara.

Kalau dulu setiap pasangan akan didahului dengan tradisi merisik anak dara namun sekarang mereka sudah pun memberikan komitment kepada pasangan mereka sebelum meneruskan adat-adat yang lain. Kemudiannya ibu bapa hanya meneruskan dengan tradisi meminang dan perkahwinan. Adat tradisi melayu telah menampakkan pertukaran budaya yang sebelum ini dilihat terlalu kompleks kepada keadaan dimana terlalu ringkas dan mudah diamalkan.

Tradisi berpantun, malah bersanding juga telah di permudahkan dengan adanya pakej-pakej yang disediakan oleh butik-butik pengantin dan syarikat penyediaan katering. Malah sekarang tradisi lama telah ditukar kepada yang lebih moden dengan menggabungkan kenduri, katering, andaman dan juga elemen hiburan didalam satu perniagaan yang amat menguntungkan.

manicure set promotion

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top