web
counter

Tutorial Untuk Menghiasi Lampu Meja Dengan Reben

Gift Kahwin Ads

Hai kawan-kawan sekalian, hari ini saya ingin berkongsi cara untuk menghiasi lampu meja dengan menggunakan reben. Biasanya penutup lampu meja yang terdapat pada rumah adalah berwarna putih. Ini supaya lampu yang menembusi penutup tersebut terang. Bagi golongan yang inginkan kelainan, bersifat peribadi dan unik, mereka mampu menghasilkannya sendiri hanya dengan beberapa langkah yang ringkas. Ini merupakan satu kraftangan yang ringkas dengan menggunakan reben.

organza ribbon 20mm

Bahan-bahan Yang Diperlukan Untuk Menghiasi Lampu Meja Rekaan Reben

 Sebelum anda bermula, bahan-bahan berikut perlu disediakan terlebih dahulu. Antaranya ialah;

  •  1 roll reben grosgrain bersaiz 25mm. Warna mengikut kesukaan anda.
  • 1 roll reben grosgrain berukurun 8mm. Warna mengikut kesukaan anda tetapi sila pastikan warna yang dipilih tidak sama dengan warna grosgrain yang bersaiz 25mm.
  • Glue
  • Gunting
  • Pembaris
  • Jarum dan Benang
  • Penutup Lampu

Langkah-langkah Untuk Menghiasi Lampu Meja Dengan Reben

  • Sebagai langkah pertama, anda harus mengukur saiz panjang penutup lampu yang ingin dihiasi dengan pembaris yang disediakan.
  •  Langkah ke-2, reben grosgrain yang besar dan kecil digunting 2 inci lebih panjang berbanding saiz penutup lampu.
  • Langkah ke-3 ialah reben grosgrain yang kecil dilekatkan diatas reben grosgrain yang lebih besar.
  • Langkah ke-4 ialah membuat bunga reben. Dengan menggunakan benang dan jarum, sila jahit bahagian tepi di sebelah hujung pangkal reben grosgrain ke hujung yang lain. Jahitan tidak perlu cantik atau kemas. Selepas itu, tekan bahagian akhir  yang dijahit dan tarik jahitan tersebut. Dengan itu, bunga reben yang cantik akan terhasil.
  • Selepas itu, tibalah masanya untuk menghiasi lampu meja anda. Reben grosgrain yang siap dilekat pada langkah ketiga diambil dan dilekatkan pada penutup meja dengan menggunakan mesin glue yang disediakan terlebih dahulu. Yang tadi pada langkah ke-2, 2 inci lebih panjang reben grosgrain dipotong adalah untuk dijadikan tapak untuk melekat pada penutup lampu meja.
  • Langkah ke-6 dan terakhir ialah melekat bunga reben yang dibuat pada bahagian atas dan bahagian bawah penutup lampu meja. Bilangan bunga adalah mengikut kesukaan dan daya kreativi sendiri.

Saya berharap tutorial di atas  senang difahami dan dapat memberi serba sedikit idea kepada anda untuk mereka cipta corak yang anda kehendaki di penutup lampu meja. Anda juga boleh merujuk video klip dibawah.

Video tutorial Menggunakan Reben Untuk Membuat Perhiasan Lampu

Artikel berkaitan:
Penutup Kerusi Dengan Hiasan Reben

manicure set promotion

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top