web
counter

Salam Aidilfitri 1434H

Gift Kahwin Ads

Agak terlewat sebenarnya untuk saya mengucapkan salam aidilfitri kepada semua pengunjung yang kerap menziarah ke weblog kami ini. Sumber internet agak terhad di kala Syawal kali ini ditambah pula kekangan masa untuk menziarah sanak saudara disamping tuntutan sebagai ketua keluarga. Komitmen selepas berumah tangga harus tinggi dan keluarga adalah segalanya pada saya. Mereka anugerah Allah dan tanggungjawab yang mesti kita pelihara semampunya sentiasa.

upin-ipin
upin-ipin

Sempena lebaran tahun 1434 hijrah dan tahun masihi 2013 ini, saya mewakili ahli keluarga saya memohon ampun dan maaf andai kami pernah terlanjur kata, terlaser kata-kata, tersentuh, termakan atau minum apa-apa yang di luar pengetahuan anda semua, kami dengan rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kami sepanjang hayat kami ini. Moga Syawal kali ini tetap memberikan 1001 erti buat kita semua.

Kepada yang sudi menghantarkan ucapan raya guna mesej pesanan ringkas, jutaan terima kasih saya ucapkan dan maaf, memang saya tak membalas kebanyak SMS berkenaan. Apa pun, kesalahan dan keterlanjuran anda semua telah setiap malam saya maafkan sentiasa, buat penenang hati anda yang gundah gulana itu [tapi hutang-piutang tetap perlu dibayar ye, karang tergantung amalan tidak diterima Yang Esa. haha – mengingatkan diri sendiri juga].

Akhir kata…
Pecah kaca pecah gelas,
kalau dah baca tu,
sudi-sudikanlah tinggalkan kata-kata manis di ruangan komen di bawah sana.

Artikel berkaitan:
Selamat Hari Raya 2013

manicure set promotion

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top