web
counter

Undangan Majlis Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

Minggu depan dah start cuti sekolah. Budak-budak sekolah seronoklah dapat cuti 2 minggu. Entah apa aktiviti diorang nak isi sepanjang ‘honeymoon‘ nanti. Kalau aku dulu, petang-petang pergi mandi sungai. Balik rumah kena marah ngan mak haha. Kenangan yang tak dapat dilupakan.

majlis perkahwinan
majlis perkahwinan

Cuti sekolah nanti bukan budak sekolah je happy. Bakal-bakal pengantin pun semestinya bergetar jantung menanti hari bergelar raja. Mungkin minggu ni dah sibuk-sibuk kemas rumah. Mak andam pula dah mula berfungsi. Kad kahwin pun dah start edar kat sahabat handai.

Masa nilah wajah bakal pengantin mula naik seri. Kata petua, pengantin digalakkan tak berjumpa pasangan selama 40 hari sebelum hari akad nikah. Supaya perasaan rindu dan sayang itu makin membuak-buak katanya eheh. Betul juga tu.

Ramai juga kawan aku bergelar Raja Sehari akhir-akhir bulan ni. Ada enam semuanya. Satu-satu aku nak cerita kat sini eheh.

Azura & Azman a.k.a Manok (30 Mei 2009) – Diorang berdua ni kawan satu course masa kat UTHM dulu. Pasangan sekuliah. Sejak tahun 3 rasanya cinta diorang mula berputik eheh. Majlis kat rumah Manok pada 6 Jun 2009 di Kluang, Johor. Dapat jemputan diorang ni melalui email minggu lepas. Ekonomi kata orang eheh.

Kawan-kawan Azman Razali dari UTHM, Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara Johor Bahru (SMTU), Asrama Semai Bakti Felda Johor Bahru (ASBJB) dan Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dijemput hadir. Aku sekadar menyampaikan amanat dia melalui email yang aku terima je eheh.

Kak Akmar (31 Mei 2009) – Kak Akmar ni kawan dalam Blues Selamanya Community. Baik orangnya. Comel juga hehe. Selamat menjadi isteri solehah kak.

Mohd. Ali Amin (1 Jun 2009) – Dia ni kawan aku masa Form 1 dulu kat SMK Ketereh. Terkenal dengan cara berjalan jongket-jongket eheh. Bekas pelajar Uniten. Skang ni keje sebagai engineer di syarikat swasta kat Kelantan. Sempat aku mintak tips kumpul duit kahwin daripada dia baru-baru ni hehe.

Antara kawan baik aku dulu, kini dan selamanya insyaAllah. Oye, kahwin dengan pelajar Uniten jugak. Selamat menjadi raja sahabat.

Fitri (1 Jun 2009) – Dia ni kawan adik aku sebenarnya. Baru umur 20 tahun tapi dah gatal nak kawen haha. Sebab selalu main badminton dengan dia, jadi dia macam kawan aku pulak. Umur muda, tapi harap-harap fikiran dia dah matang.

Siti Munirah Aziz (6 Jun 2009) – Siapa tak kenal pengawas comel SMK Ketereh batch 2001 sorang ni. Pandai, cute tapi agak garang haha. Pernah la sekali tengok dia marah kat kawan aku, merah habis muka. Terkejut aku dibuatnya.

Tapi dia ni memang baik. Salah sorang ahli geng yang suka nyakat aku masa kelas Sains Pertanian dari Form 4 sampai Form 5. Aku diam jelah, dah aku sorang je laki kelas tu huhu. Berkahwin dengan senior sekolah, tua setahun.

Azmir Rempit (7 Jun 2009) – Haa, terkenal dengan gelaran rempit. Suka tukar kaler motor RXZ dia. Kejap merah, kejap biru. Sah-sah memang mat rempit kot, takut polis cam haha. Selalu lawan PES6 dengan dia masa sewa rumah sekali dulu kat UTHM.

Dalam banyak game, sekali je aku pernah menang lawan dia, 3-0. Kalau main PES6 tu mulut dia memang bising mengalahkan ekzos motor RXZ dia tu.

Respek dengan dia ni. Hampir 2 tahun dia sembunyikan pertunangan dia kat kitorang. Paling best, dia terkantoi dengan aku kat Mid Valley keluar dengan tunang dia. Masa tu ada mini reunion.

Aku ajak dia, dia kata ada hal, tak dapat nak join. Kat Mid Valley aku nampak kelibat dia tengah survey barang kawen haha. Nak sorok daripada aku konon. Tapi tunang dia comel. Muda setahun daripada dia. Semoga bahagia selalu sahabatku.

Setakat ni itulah list yang ada aku conteng kat kalendar ofis. Tapi, satu perasaan kecewa nak aku luahkan. Kesemua undangan kahwin tu aku tak dapat nak pergi, kena kerja pada hari tersebut. Apa nak buat, kerja macam aku ni tak lekat kat ofis.

Esok ke Puchong dua hari. Isnin nanti ke Kelantan pula 5 hari. Usai je di Kelantan terus ke Perak pulak 3 hari. Harap-harap tiada yang kecik hati dengan ketidakhadiran aku ke majlis masing-masing. Jangan pula majlis kahwin aku nanti takde orang nak datang pulak, kasihan aku huhu.

Yelah, hukum hadir ke kenduri kahwin ni wajib. Tapi aku tak dapat nak elak dengan tugas membawa segolongan masyarakat yang perlukan bimbingan agama dan destinasi hidup. Maaf sangat. InsyaAllah ada masa free bleh pergi ziarah 🙂

Selamat menjalani kehidupan berumahtangga. Semoga kekal bahagia dan dirahmati Allah s.w.t.

Update:

Mohd. Firdaus a.k.a Bangya (7.6.2009) – Ni sorang lagi, baru tau semalam. Itupun orang lain yang bagitau. Tu la hang Bangya, jangan mesej kat Friendster. Gunalah Facebook eheh. Bangya ni memang rapat sejak Tahun 1 lagi. Perangai pun ada la lebih kurang sket.

Maklumlah, sama-sama budak Scorpio. Pandai berahsia dia neh. Tup-tup nak kahwin dah. Maaflah my friend, tak dapat nak menghadirkan diri huhu. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

manicure set promotion

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top