Setiap pengantin perempuan pasti mahu menyediakan cenderahati untuk para jemputannya namun dengan kos majlis perkahwinan yang semakin meningkat, mencari yang murah tetapi masih menarik bakal menjadi satu tugas yang sukar.
Ada cenderahati yang akan menelan belanja dari RM 5 ke RM 20 untuk setiap satu dan hal ini pastinya tidak memberi ruang kepada pergerakan belanjawan perkahwinan. Berita baik kepada bakal-bakal pengantin, anda masih boleh mencari cenderahati yang cantik dan unik tanpa perlu menghabiskan wang perbelanjaan perkahwinan untuk tujuan ini. Anda hanya perlu mengikut beberapa tips di bawah ini.
Pembelian Pukal
Pembelian pukal merupakan satu kaedah hari ini untuk memiliki cenderahati yang diingini dan merupakan alasan terbaik untuk anda memiliki sesuatu barang dalam kuantiti yang banyak. Carilah peruncit dalam talian yang menawarkan pesanan pukal pada potongan harga atau pada kadar harga borong. Walaupun anda masih boleh membeli di kedai namun sedarlah bahawa kebanyakan pekedai hanya akan menjual secara runcit dimana anda akan membayar 25% lebih tinggi daripada pembelian pukal.
Ringkas
Motif utama pemberian cenderahati ialah untuk berterima kasih kepada para jemputan oleh itu anda tidak perlu risau andai cenderahati anda pelik dan tiada siapa yang akan menggunakannya. Walaupun terdapat pelbagai cenderahati unik seperti penindih kertas atau pembuka sampul surat, fikirlah seberapa kerap jemputan anda akan menggunakannya.Sebaliknya, cuba fikirkan sesuatu yang ringkas seperti lilin, pemegang kad, penanda buku, ini semua merupakan cenderahati perkahwinan yang mampu disediakan untuk para jemputan dan pastinya akan digunakan oleh mereka.
Makanan
Berapa kerap jemputan menggunakan cenderahati yang diterima. Cenderahati berbentuk makanan merupakan sejenis cenderahati yang akan dihargai jemputan anda dan buktinya makanan sebagai cenderahati mungkin akan digunakan sebelum 24 jam penerimaan. Pertimbangkan untuk membeli tin, kotak atau apa jua bekas yang bersesuaian untuk anda isi dengan biskut, badam atau mungkin campuran manisan untuk para jemputan tanda ucapan terima kasih.
Pilihan RM1 atau Kurang
Anda boleh mendapatkan cenderahati perkahwinan yang ditawarkan bawah RM1. Kenyataannya, cenderahati anda seperti tin, manisan atau lilin selalunya ditawarkan kurang daripada RM1 per unit di mana anda masih punya pilihan yang hebat tanpa perlu menghabiskan bajet perkahwinan anda.
Persona Peribadi
Kebanyakan pengantin lelaki ataupun perempuan tidak tahu bahawa mereka boleh mempersona cenderahati pada harga yang termampu oleh mereka. Apabila anda membeli cenderahati, carilah syarikat yang membenarkan anda untuk membuat tanda peribadi atau goresan pada barangan yang boleh diingati para jemputan dari mana mereka mula memilikinya. Pastikan tarikh perkahwinan dan nama anda dan pasangan tercatat di sana. Jika syarikat yang anda berurusan membenarkan anda untuk menulis perkataan ‘Terima Kasih’ sendiri pastinya ini akan memberi satu cetusan rasa yang pastinya mengusik kalbu para jemputan anda.
Nak harga doorgif
Sila hubungi
Nina- https://wa.me/601162289727
Hana- https://wa.me/60178711049
TQ