Terdapat senarai semak dan banyak perkara yang perlu dilakukan dalam tradisional majlis perkahwinan Melayu. Antara langkah-langkah untuk persediaan perkahwinan ada yang telah ditinggalkan atau digabungkan bergantung kepada susunan kedua-dua pihak (lelaki / perempuan dan keluarga mereka) dengan mengambil kira masa, kos, dan keperluan. Maka persiapan pernikahan boleh memastikan semua prosedur dapat dijalan dengan licin tanpa sebarangan gangguan.
Antara senarai semak persiapan perkahwinan dan perkara penting yang perlu dilakukan pra perkahwinan adalah:
1. Pilih Tarikh
Perkara yang pertama untuk pasangan lakukan adalah buat pemilihan tarikh untuk melangsungkan perkahwinan. Pasangan perlu mempertimbangkan tarikh yang jatuh pada musim perayaan. Jika anda pilih tarikh itu, maka mungkin anda perlu bayar lebih sebab permintaan pada musim ini akan jadi tinggi dan harga barangan juga akan jadi mahal. Maka ia akan mengakibatkan kos tambahan untuk perbelanjaan anda.
Musim cuti sekolah selalu merupakan tarikh yang digemari oleh orang ramai. Jadi anda juga boleh fikir untuk memilih tarikh perkahwinan pada hari cuti sekolah supaya saudara mara, dan rakan-rakan yang tinggal jual dengan tempat perkahwinan anda dapat menghadiri.
2. Hadiri Kursus Kahwin
Jika anda dah nak kahwin, sebelum ia boleh jadi nyata, anda perlu menghadiri kursus kahwin terlebih dahulu. Di Malaysia, prosedur perkahwinan bagi kaum Melayu mempunyai kaitan dengan undang-undang yang mesti dipatuhi dari segi urusan rasmi agama Islam. Antara prosedurnya terlibat pendaftaran, penyediaan dokumen dan urusan di Jabatan Agama Islam. Boleh anda rujuk ke link ini untuk maklumat yang lengkap tentang kursus kahwin:
3. Buat Tempahan Untuk Dewan dan Katering
Keramaian orang perlu sewa dewan untuk menjalani majlis perkahwinan mereka. Jika anda sedang mencari dewan untuk perkahwinan, terdapat beberapa soalan yang anda perlu bertanya seperti: Adakah dewan itu boleh disewa pada hari perkahwinan anda? Berapa orang boleh muat di dewan majlis perkahwinan itu? Apa masa yang anda boleh masuk ke dewan untuk membuat persediaan? Adakah anda perlu menggunakan katerer mereka, atau anda boleh upah katerer kegemaran anda sendiri?
Sesetengah dewan menegaskan bahawa anda perlu menggunakan katering mereka. Ini mungkin terdapat sekatan, bagaimanapun katerer mereka sendiri adalah jelas tentang tempat dan dapur mereka, dan juga berpengalaman dengan urusan banyak majlis perkahwinan sebelum ini – jadi mungkin ia bukan satu perkara yang buruk untuk memakai katerer mereka.
Walau bagaimanapun, ia adalah penting untuk bertanya soalan ini jika anda tidak komit kepada katering mereka, anda boleh membuat carian sendiri dan menikmati banyak rasa makanan di katering berlainan.
Selain daripada tu, anda perlu sewakan dewan sebaik sahaja anda telah menentukan tarikh perkahwinan. Apabila buat tempahan dewan, anda perlu tahu anggaran tetamu yang akan dijemput maka pihak dewan boleh memberikan sebut harga untuk kesemuaan.
4. Pelamin
Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh dikurangkan dalam perkahwinan. Hari ini jika anda ingin dapat pelamin yang grand dan indah, ia boleh melonjak ke berpuluh ribu ringgit. Maka jika anda ingin jimatkan wang, anda perlu mencari pelamin ikut budget perkahwinan anda.
Terdapat semakin ramai pengantin yang pilih unutk DIY atau buat sendiri pelamin untuk perkahwinan mereka. Kebaikan dengan DIY bukan saja boleh jimatkan wang, tetapi yang penting adalah boleh mengikuti tema dan citarasa yang diingini oleh pengantin.
5. Tempah Juru Nikah Dan Andaman
Bagi pengantin yang tiada ibu bapa unutk menikahkan anak mereka, maka perlulah mereka dapatkan juru nikah untuk berkhidmat dalam perkahwinan. Selain daripada tu, juru adaman juga perlu anda cari supaya khidmatan andaman pengantin boleh didapati. Adalah dinasihatkan bahawa anda perlu membuat tempahan untuk perkhidmatan juru andaman 6 bulan sebelum perkahwinan.
6. Perjalanan Ujian HIV
Bermula dengan fatwa yang dikeluarkan di Johor pada Hari AIDS Antarabangsa 2001, ujian sebelum berkahwin HIV telah wajib bagi pasangan Islam di seluruh negara sejak 2009 dengan cadangan untuk warganegara bukan Islam untuk membuat kajian yang sama juga.
Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mana-mana yang dapat ujian positif, perkahwinan itu masih dibenarkan untuk meneruskan (dengan syarat jika kedua-dua pihak bersetuju) dengan kaunseling yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Agama Negeri.
Maka semua pasangan yang sedia untuk berkahwin perlu kunjungi ke klinik kerajaan berdekatan dan buat ujian HIV. Temu janji tidak diperlukan sebab ujian ini cuma ambil masa yang pendek sahaja.
Keputusan ini mempunyai penyokong dan pengkritik, dengan isu-isu seperti hak-hak individu, sokongan, dan keberkesanan yang dibawa ke dalam soalan.
7. Tempah Kad Kahwin
Kad jemputan kahwin adalah perkara yang paling penting bagi anda untuk memaklumkan kepada tetamu tentang perkahwinan anda.
Kad kahwin juga berbeza-beza dengan harga dari yang mahal ke harga yang agak munasabah. Anda perlu memilih kad-kad dengan teliti, supaya anda mendapat kad kahwin murah yang jatuh dalam lingkungan bajet anda.
Nasib baik, dengan kewujudan Internet, anda boleh mengaji harga, kualiti kertas, gaya percetakan dan mengumpul maklumat tentang kad-kad lain yang berkaitan tanpa perlu anda bergerak kaki dan mengunjungi kedai-kedai itu.
8. Dokumen dan Borang Perkahwinan
Untuk semua pasangan yang bersedia untuk berkahwin, Pengisian dokumen dan borang perkahwinan adalah penting dan mesti dipenuhi dengan maklumat yang lengkap. Anda perlu dapatkan semua dokumen dan borang dan mengisinya. Selepas siap isi, kesemuaan borang-borang ni perlu hantar ke Pejabat Agama sebelum bernikah. Di bawah adalah senarai dokumen dan borang-borang yang diperlukan:
- Salinan kad pengenalan/Passport (Jika pemohon warganegara asing).
- Salinan kad pengenalan/Passport 2 orang saksi (Jika warganegara asing).
- Salinan sijil kursus pra perkahwinan (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).
- Keputusan ujian saringan HIV.
- Salinan borang permohonan 2C(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).
- Surat pengesahan mastautin permohon dari penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK, pengerusi J/K pendudk taman perumahan.
- Borang kelulusan berkahwin/Surat kebenaraan berkahiwn bagi lelaki.
- Surak perakuan/pengesahan/Akuan sumpah nikah ibu bapa(Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung).
- Surat Wakalah (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
- Surat Perakuan/Akuan sumpah kematian Wali (Bapa).
- Surat atau kad perakuan Islam dan salinannya (Jika pemohon Saudara Baru).
- Surat kelulusan dari KAGAT/PDRM (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
- Surat perakuan cerai/kematian pasangan dan salinannya (Jika pemohon Janda).
- Surat kebenaran berkahwin daripada konsulat atau kedutaan dan imigresen (Jika warganegara asing).
Dengan melakukan kesemuaan persediaan dan persiapan perkahwinan yang dibincangkan, maka dah siap sedia untuk pasangan berkahwin dan menjadi suami isteri yang sah ikuti undang-undang.
Kami harap ini boleh menjadi sesuatu panduan yang berguna untuk rujukan kepada semua pasangan yang ingin berkahwin. Kesemuaan rakyat perlu mengambil kira kepentingan undang-undang untuk mencapai perkahwinan sah dengan memenuhi cinta, persefahaman dan rasa hormatp. Akhirnya, persiapan diri sebelum perkahwinan juga perlu dipertimbangkan supaya tidak kesal kemudian.