Skrip DJ Majlis Kahwin – Teks Pengacara Kenduri Kahwin. Hujung tahun cuti sekolah dah semakin dekat, seminggu dua lagi bermulalah cuti hujung tahun, so masa nie memang banyak kenduri kahwin. Okey, kepada Anda yang baru pertama kali menjadi DJ majlis kenduri kahwin tu, melalui artikel nie Admin akan kongsikan tips yang berkaitan dengan DJ Pengacara Majlis Kahwin.
Tips penting menjadi seorang DJ Majlis Kahwin yang ‘kacak’:
1. Berdoa
Baca doa Nabi Musa untuk memudahkan bicara dan melancarkan tuturkata:
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku,..” {Surah Thaahaa: 25-28}
2. Ceria selalu
Untuk menjadi DJ dan pengecara yang baik, Anda perlu sentiasa ceria. Pamerkan wajah Anda seceria yang boleh kerana dengan sifat keceriaan ini, ia mampu menghilangkan perasaan gugup anda. Selain itu, ia bakal menambahkan keyakinan orang ramai yang mendengar dan melihat anda dari dekat terutama kanak – kanak riang.
3. Spontan je
Perkataaan yang Anda katakan bukan sahaja kena jelas bahkan perlulah sepontan agar ia tampak ‘natural’ semasa bercakap. Tidak perlu kepada karangan, draf ataupun skrip kerana ia bakal merosakkan ‘mood’ pendengar dan kelihatan ‘skema’ serta formal, biar fleksibal. Selarikan percakapan Anda dengan suasana majlis, seperti mengemaskini status waktu terkini, kenal nama-nama hadirin dan sebagainya.
4. Nada dan Intonasi
Ini adalah bahagian yang paling susah untuk dipraktikkan. Anda boleh meniru nada dan intonasi mana2 gaya DJ terhebat di Malaysia tapi pastikan anda tidak ter’over’ kerana dengan tindakan itu, para hadirin akan terkejut tambahan pula kepada majlis yang dihadiri oleh penduduk kampung. Langkah yang selamat – Jadilah diri sendiri.
Tips yang Admin kongsikan di atas tu bukan rekaan semata-mata, ia adalah berdasarkan pengalaman DJ di kenduri kahwin itu sendiri. Siapa DJ tu tak bolehlah Admin beritahu, tak kan nak beritahu Anda Adminlah DJ tu. Haa.. kan dah kantoi.
Namun sebelum menjadi spontan Anda juga perlu mengetahui apa isi kandungan yang perlu dicakapkan semasa di dalam majlis tersebut, bila Anda praktik lebih awal maka spontan itu akan datang sendiri. Jadi, Admin kongsikan kepada Anda skrip DJ majlis kahwin yang mungkin dapat Anda jadikan panduan.
Skrip DJ majlis kahwin Islamik – Skrip tu Anda kena edit dahulu seperti nama pengantin, tarikh, hari, masa, nama tempat, nama tuan rumah dan sebagainya. Kalau tak nanti tersasul pula Admin tak tanggung! Admin sengaja tak postkan sekali dalam artikel nih sebab panjang. So, letak link download skrip mudah.
Tips tambahan: Masa dalam majlis kenduri kahwin itu nanti sambil Anda bercakap tu, selang-selilah dengan hiburan lagu kenduri kahwin seperti nasyid dan sebagainya. Asyik lagu nasyid Melayu sekali-sekala tukar nasyid English seperti Maher Zain ke atau lagu Arab insya-Allah dapat memeriahkan lagi suasana.
Semoga perkongsian tips dan skrip DJ majlis kahwin ini berguna buat Anda. Akhir kata: Selamat menjalankan tugas Anda sebagai DJ kenduri perkahwinan dengan dedikasi. Sekian, wassalam.
Artikel berkaitan:
Kanak-kanak Berasa Bosan Di Majlis Perkahwinan Anda?