web
counter

Sudahkah Aku Bersedia Untuk Berkahwin?

Gift Kahwin Ads

Awal juga aku bangun hari ini. Elok juga kalau setiap hari aku bangun seawal begini. Ada masa untuk sujud pada ilahi. Ada masa untuk berzikir memuji Pencipta Langit dan Bumi. Dan punyai ruang untuk muhasabah diri.

Sebelum ni, Subuh Gajah je yang mampu. Tak pasti pula samada diterima atau tak solat sebegitu. Hujung-hujung kuku je. Haish. Rugi. Semoga hidayah Allah bersamaku selepas ini.

Terdetik aku dengan persoalan “Sudahkah Aku Bersedia Untuk Berkahwin?” ni sebenarnya sudah pun berlanjutan selama hampir setahun. Ya. Aku sudahpun dalam hubungan istimewa dengan seseorang selama hampir 7 tahun. Dan aku yakin sudah sampai masanya membawa hubungan ini ke peringkat yang seterusnya, perkahwinan.

Tapi, bersediakah aku? Bersediakah si dia?

Apakah yang perlu ada pada seseorang yang mahu berkahwin? Sedikit sebanyak, inilah perkara yang ingin aku kongsikan dan selami dalam entri kali ni.

Mempunyai ciri Seorang Imam (Lelaki)

Adalah maklum, bagi seorang lelaki, mereka adalah pemimpin bagi kaum wanita. Setelah sekian lama, itulah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah untuk manusia di atas bumi ini. Suami adalah ketua keluarga, maka adalah wajib bagi suami mengenal agamanya dengan lebih jelas dan berterusan mencari ilmu mendekatkan diri kepada Allah dari semasa ke semasa. Selagi terdaya, suami perlu berusaha keras memberi keperluan zahir dan batin bagi keluarga. Dan sifat sebagai pemimpin inilah yang dapat menghindarkan sesuatu keluarga itu daripada lembah kehancuran.

Menjadi isu sekarang, jika si isteri punyai pendapatan yang tinggi dan jawatan yang lebih tinggi daripada si suami, maka terdapat rasa bangga dan rasa dialah pemimpin lantaran jawatan dan pendapatan si isteri yang tinggi daripada si suami.

Dan dalam sesuatu keluarga, cuma perlu SATU pemimpin. Biarlah si suami itu yang menjadi pemimpin. Apakah pula peranan isteri?

Memiliki sifat seorang Makmum (Wanita)

Perempuan adalah makhluk Allah yang istimewa. Dijadikan perempuan sebagai pelengkap hidup seseorang lelaki. Mungkin itu sebabnya proses penciptaan Siti Hawa itu bermula daripada Tulang Rusuk kira Adam A.S. Disebalik kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita di belakangnya. Jelas menunjukkan peranan wanita itu penting dalam sesebuah keluarga. Jika lelaki Allah jadikan sebagai pemimpin, maka wanita Allah ciptakan sebagai orang yang perlu dipimpin. Menjadi tanggungjawab seorang lelaki menjaga, melindungi dan memimpin wanita untuk terus berada dalam rahmat dan redha Ilahi dalam sesebuah rumah tangga. Selesai saja akad nikah mejadikan si lelaki dan wanita itu suami isteri, maka baton penjagaan dan tanggungjawab mendidik isteri itu berpindah, daripada si bapa kepada si suami. Maka sebagai orang yang dipimpin, seorang wanita itu perlulah bertindak dan berkelakuan seperti pengikut. Perkara yang baik, haruslah diterima dan diikuti, sekiranya berlaku kesalahan, maka haruslah ditegur sisuami tersebut.

Jika suami memainkan peranan sebagai Imam, dan si isteri memainkan peranan sebagai Makmum, bukankah mudah dan indah dalam rumah tangga?

Memiliki sumber pendapatan yang mampu menampung kehidupan

Ramai orang menjadikan faktor ini sebagai faktor utama ketika mereka mahu mendirikan rumahtangga. Benar, ini adalah satu faktor penting. Tetapi pada pandangan aku, faktor pendapatan ini, adalah yang kedua. Kerana pada aku, dasar mendirikan rumahtangga itu mestilah berlandaskan agama dan memenuhi tuntuan syariat. Maka soal pendapatan dan kekayaan itu jatuh pada nombor dua. Ada orang yang ketika kahwinnya, hidupnya susah. Tetapi lama-kelamaan hidup mereka semakin senang. Berkat daripada niat perkahwinan mereka yang berlandaskan syarak. Ada juga pada ketika kahwinnya gilang-gemilang, berhabis ratusan ribu, tetapi diakhiri dengan penceraian. Apakah perkahwinan gilang-gemilang ini yang kita inginkan? Atau kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan dan keseronokan dalam rumahtangga yang kita idamkan?

Seringkali kita dengar kekayaan tidak menjamin kebahagiaan. Ya. Ia memang benar. Jika anda mahukan buki, lihat saja di dada akhbar.

Jika mahu berkahwin sebenarnya tidak perlu majlis yang menelan belanja yang tinggi. Cukup melayan tetamu sekadar yang mampu.

Aku rasa cemburu dengan beberapa rakan sekolah dahulu yang kini sudahpun berumah tangga melaksanakan perkahwinan mereka secara kecil-kecilan dan cukup untuk mematuhi rukun nikah seperti yang dianjurkan dalam Islam.

Jadi, apakah aku sudah bersedia untuk berkahwin? Adakah anda juga sudah bersedia?

Duduk. Tenang. Menyelak sehelai demi sehelai lembaran suci dari Ilahi. Menafsirkan bait-bait indah yang terukir di dalam kitab suci. Biarpun aku tak faham Bahasa Arab, tapi jelas bahawa bacaan Al-Quran itu menenangkan jiwa.

Sejak kebelakangan ini, timbul satu isu yang bermain di fikiran aku. Adakah salah untuk berkahwin pada usia aku sekarang? Ataupun aku perlu miliki segala-gala yang aku impikan dan kemudian baru aku bernikah?Adakah dengan memiliki rumah, kereta dan wang yang banyak menjanjikan kebahagiaan dalam rumahtangga?

Kahwin Awal
Kahwin Awal

Isunya disini ……………

Berkahwin Muda Atau Berkahwin Lewat?

Ramai orang Malaysia itu sendiri beranggapan bahawa dengan berkahwin pada usia yang agak lewat, menjaminkan mereka kesenangan di masa hadapan. Mereka mengimpikan wang ringgit yang mereka kumpulkan itu akan membuahkan keselesaan dan kebahagiaan hidup dalam berumah tangga. Lantas, mereka mengumpulkan wang yang banyak untuk persediaan dalam berumah tangga kelak.

Segelintir kecil orang Malaysia berpendapat bahawa dengan berkahwin muda, mereka sebenarnya melengkapkan diri dengan tuntutan fitrah mereka sebagai manusia. Lelaki perlu kepada wanita dan wanita perlu kepada lelaki. Harta dan kekayaan, mereka akan kumpul bersama kemudian.

Anda yang mana satu?

Berkahwin lewat untuk memenuhi tuntutan kekayaan dan kesenangan ; atau

Berkahwin muda untuk penuhi tuntutan syarak dan fitrah manusia?

Harta dan Kekayaan takkan pernah cukup

Ramai orang mengukur kejayaan di dunia ini adalah berlandaskan harta yang mereka miliki. Ini tidaklah salah. Cuma harta dan kekayaan yang kita kejari dan impikan itu, tidak akan pernah cukup. Kita berlumba-lumba mencari kemewahan dunia, sehingga terlepas sebenarnya nikmat kehidupan berkeluarga.

Kita boleh miliki pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada ibu dan bapa kita. Kita boleh miliki aset yang jauh lebih banyak daripada kedua mereka. Tetapi, mampukah kita miliki keluarga sebahagia mereka ciptakan?

Harta akhirnya akan habis, keluarga, sampai ke akhirnya bersama.

Berkahwin Lewat Dan Kesan Terhadap Keluarga

Isu ini hebat aku dan rakan serumah debatkan malam tadi. Lantas, timbul point ini. Apakah impaknya kahwin lewat terhadap keluarga? Pernah anda fikirkan?

Baiklah, katakan anda berkahwin ketika usia 30 tahun. Dengan izin Tuhan, anda mendapat anak pada tahun berikutnya. Pada ketika itu, anda berumur 31 tahun. 20 tahun yang akan datang, si anak sulung akan melanjutkan pelajaran ke IPT. Dan pada ketika itu anda berusia 51 tahun. Jika anda penjawat kerajaan, anda akan bersara dalam jangka masa 5-7 tahun lagi.

Bayangkan usia anda ketika anak bongsu anda melangkah masuk ke IPT. Berapakah usia anda ketika itu? Fitrah manusia, semakin berusia, semakin banyak penyakit. Apakah anda yakin anda kekal sihat dalam usia 50-an?

Artikel berkaitan:
7 Sebab Kenapa Orang Tidak Ingin Berkahwin

manicure set promotion

3 thoughts on “Sudahkah Aku Bersedia Untuk Berkahwin?”

  1. Kalo kahwin dgn wanita solehah, point yang ketiga tu langsung tak perlu dibimbangkan. Sebab walaupun susah mcmn pun, isteri solehah tidak akan merungut. Susah tu maksudnya, susah setelah berusaha la. Kalo dok tido je sebulan, memang isteri solehah bleh bertukar jugak.

    Good luck utk awak. Kalau awk dah ada terfikir mcm tu, maksudnya awak dah bersedia la tu. Tak perlu perfect dan persiapkan segalanya pun sebelum kawen. Sebab benda tu takkan jadi perfect jugak walau cemana pun persediaan kita.

  2. Elya Shazleen

    Garapan yg baik bro.hehe..hmm,aku bersetuju dgn pendapat ko.kekayaan mmg tidak akn mjamin kbahagiaan rumah tangga.rezeki selepas berkeluarga ni mmg ada dgn izin ALLAH.bg aku ni smua tpulang pd kemampuan individu samada mereka sdh bsedia utk berumahtangga pd usia muda mau pun hendak mgmpul aset sblm berbuat demikian.tp isu pokok yg aku rse timbul adalah bagaimana hdk meyakinkan ibubapa kita (belah lelaki & perempuan) yg kita “org muda” ni dh ckup bsedia utk melangkah ke gerbang kehidupan bkeluarga?rata-rata ibubapa zaman materialistik ini cenderung utk mmastikan bhwa anak2 mereka cukup dgn aset yg “memewahkan” sblm berkahwin.betul x? (well, im the 1 who actually facing this sort of problem).walaupun aku agk tidak bersetuju dgn kecenderungan ini (bkn sbb aku gatal nk kawin je), harus juga diingati yg kata2 org tua kita itu ada hikmahnya.so bro erie, what u say?

  3. erm…memangla..seelok-elok kawen awal takpun kahwin baru bcinta hehe…tapi dalam bab2 camni, kalo belom dapat seru g camna….memangla bukan kita ni terlalu memilih tapi pilihan yang ada tak menyebelahi kita so kena gak move on kan…kawen awal atau lewat sekarang ni bukan trend… semua tue terpulang pada ketentuan jodoh cepat atau lambat..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top