web
counter

Kahwin 10 Hari Dah Bercerai

Gift Kahwin Ads

Gosip anak-beranak ketika minum kopi.

Bulan lepas baru pergi majlis perkahwinan anak kawan ayah. Grand juga la majlis mereka. Buat di Dewan bertempat di Kelana Jaya.

sms romantis
sms romantis

Kalau nak di kira kos semuanya dalam anggaran RM40,000 juga tu. Dewan tu harga dalam lingkungan RM 8,000. Dewan sahaja tak termasuk makanan, pelamin, baju pengantin, muzik, kompang mereka panggil ala ala pancaragam dan paling best ada magik tu. Sekarang catering mahal, paling kurang pun RM10 satu kepala. Itu pun lauk ala kadar je kan. Majlis ni siap ada kambing golek.

Kumpul duit bagai nak rak, RM40000 hanya untuk satu hari, lepas itu bercerai. Astaghfirullah Al Azim.

Punca bercerai ni sebab masuk campur ibu bapa. Bukan nak busy body, tetapi mesti nak kena busy body. Ye la, nak tahu juga punca nya. Takkan bercerai suka-suka je kan.

Bila dengar sepenuh cerita ni, mengarut juga sebab bercerai itu. Hanya kerana anak nya tak pernah tengok TV malam, si suami kena ikut serta tak boleh tengok TV malam. Lelaki tengok bola malam-malam kan. Kalau dah jadi milik anak dia, kena ikut syarat keluarganya. Dah macam cerita Tiga Abdul ada syarat-syarat pula.

Risau pula aku nak kahwin nanti. Harap-harap bakal mentua aku tak begini lah.

Artikel berkaitan:

manicure set promotion

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top