web
counter

Memilih Tempat Majlis Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

romantic place for reception

Dalam memilih tempat majlis perkahwinan terdapat beberapa soalan terperinci yang mungkin tidak terfikir oleh anda, kami cuba untuk menyediakan beberapa perkara yang mungkin akan menjadi satu persoalan yang penting dalam memilih tempat majlis perkahwinan anda sebagai rujukan.

Perkara pertama yang anda boleh lakukan ialah membuat rujukan berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai tetamu jemputan perkahwinan yang anda pernah menghadiri sebelum ini. Anda juga boleh merujuk kepada rakan-rakan atau sanak saudara yang baru melangsungkan majlis perkahwinan.

Seterusnya apa yang anda perlu lakukan ialah dengan menjalankan tinjauan tapak untuk melihat lebih terperinci mengenai apa yang ada dan semua perkara yang berkaitan dengan terperinci di tapak tersebut. Terdapat beberapa tempat-tempat yang biasanya akan digunakan sebagai lokasi majlis perkahwinan, jika anda mengadakan majlis perkahwinan di sebuah tempat yang tidak pernah atau berbeza dari yang lain, sudah tentu anda perlu lebih berhati-hati dan terperinci dalam merancang perkahwinan anda.

Lokasi Untuk Majlis Perkahwinan

Terdapat beberapa lokasi yang boleh digunakan. Antaranya ialah;

  1. Hotel (Dewan Konvensyen atau kawasan yang dibenarkan untuk digunakan sebagai tempat majlis perkahwinan)
  2. Dewan Rumah Ibadat.
  3. Dewan Mesyuarat
  4. Restoran (luaran atau dalaman)
  5. Country Club.

Soalan Yang Mungkin Perlu Ditanya Kepada Pembekal tempat Majlis Perkahwinan

Wedding Reception In Hotel

  • Tarikh – apa tarikh boleh didapati? Masa bila?
  • Adakah terdapat mana-mana majlis perkahwinan atau acara lain sebelum dan selepas majlis  anda?
  • Apakah kapasiti orang yang boleh muat dalam dewan untuk majlis meja bulat atau parti berdiri
  • Saiz bilik? lebar, panjang dan tinggi. Ini peting ke atas peralatan parti anda akan gunakan nanti
  • Adakah anda perlu menggunakan perkhidmatan catering dalaman atau bebas untuk memilih catering luar?
  • Adakah terdapat kemudahan yang rosak di tempat itu?
  • Kemudahan yang ada kepada anda? elektrik, kawasan letak kenderaan, keselamatan, dan lain-lain.
  • Peralatan yang anda dapat? meja, kerusi, alas meja, audio / video.
  • Adakah terdapat larangan yang khusus untuk anda? contohnya; minuman beralkohol, gambar dan video, atau aktiviti lain yang berkaitan dengan perkahwinan anda.
  • Apa bayaran dikenakan kepada anda dan mekanisme pembayaran yang diterima. Anda harus meminta secara terperinci untuk memastikan tiada kos tambahan.

Artikel berkaitan:
Promosi Kerja Kahwin

manicure set promotion

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top