web
counter

Tips Yang Boleh Pakai Apabila Ambil Gambar Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

Bagi ramai orang, terdapat banyak detik-detik istimewa pada hari perkahwinan yang berlalu dengan cepat. Untuk pengantin, peristiwa ini dalam kehidupan mereka adalah satu siri pengalaman dan emosi. Hari itu merupakan perayaan untuk mereka yang penuh kenangan.

gambar perkahwinan
gambar perkahwinan

Jadi, mengambil gambar dalam pernikahan dan perkahwinan mereka menjadi sesuatu yang penting untuk menyimpan semua kenangan ni buat selama-lamanya.

Tapi terdapat ramai orang tidak tahu macam mana nak buat apabila mengambil gambar perkahwinan. Kebanyakan masa kita tengok balik gambar yang kita ambil itu, kita rasa masa tidak dapat perasan suasana pada masa yang romantik itu pula.

Jadi, jika anda juga tidak tahu macam mana nak buat, boleh anda semak dan rujuk ke panduan yang dicadangkan di bawah untuk mendapat sedikit ilham apabila mengambil gambar perkahwinan anda.

6 Tips Yang Boleh Dipertimbangkan

Di sini, terdapat sikit tips saya boleh berkongsi dengan anda untuk membolehkan anda mengambil gambar dengan senang dan kelihatan cantik sekali.

1. Selalu Rasa Gembira Di Depan Kamera

Anda boleh berfikir tentang perkara yang gembira apabila berdepan dengan jurugambar. Anda juga boleh berfikir tentang beberapa jenaka lucu, atau mengingatkan beberapa suasana yang lucu. Dengan membuat demikian, anda akan dapat ketawa secara semulajadi.

2. Memastikan Suasana Yang Baik Di Tempat Ambil Gambar

Bergaul antara satu sama lain juga boleh menghasilkan suasana yang baik. Apabila mengambil gambar untuk baju kahwin, interaksi antara pengantin perempuan dan pengantin lelaki adalah sangat penting, mereka tidak sepatutnya berdiri dalam studio tanpa sebarang perasaan seperti kayu.

Jadi anda kena memastikan anda dengan kekasih anda berada dalam keadaan yang penuh dengan semangat dan meriah.

Anda juga boleh berbincang dengan jurugambar untuk kajian postur yang senang lagi elok. Anda kena ingat bahawa gambar akan menjadi banyak menarik sekiranya anda mengambil dengan hati yang senang tanpa tekanan.

3. Kekal Diri Dalam Keadaan Yang Tenang

Apabila mengambil gambar, anda kena mengekalkan anda dalam keadaan yang bertenang. Jangan rasa panic sebab otot muka akan jadi tegang dan sengit sekali. Akibatnya senyuman yang keluar dalam gambar juga menjadi sengit.

Untuk mengelakkan keadaan begitu, sebelum mengambil gambar, anda boleh bernafas dengan dalam dan lama sikit buat beberapa kali. Anda juga boleh makan coklat biarkan diri anda relaks.

4. Pakai Muka Yang Melambangkan Gaya Mu

Sekiranya anda tidak ingin ketawa, maka jangan ketawa langsung. Anda boleh mewujudkan muka peribadi yang bergaya tanpa senyuman. Tetapi jangan salah faham tanpa senyuman bukan panggil anda menunjukkan muka yang tidak perasan dan ganas.

Muka anda perlu mengeluarkan ekspresi yang halus, sebagai contoh, anda boleh menunjukkan sikap macam acuh tak acuh, tetapi jangan anda merenung dengan terlalu keras, jika tidak, kesan gambar yang dihasilkan akan menakutkan semua orang!

5. Elakkan Dagu Berlipat

Percayalah, dua dagu boleh melanda walaupun bagi wanita yang paling kurus dalam gambar. Untuk mengelakkannya, adalah baik untuk anda memanjangkan leher dengan menggerakkan kepala anda sedikit ke hadapan dan mengangkat dagu anda.

Anda tahu anda telah sampai tahap yang cukup bila anda merasakan leher anda. Boleh juga anda cuba untuk sentuh lidah anda ke bumbung mulut anda, tepat di belakang gigi depan anda. Pastikan anda tidak menjadikan muka anda tegang sangat.

6. Jangan Paksa Diri Terlalu Kuat Supaya Tidak Berkelip Mata

Jangan terperangkap sekiranya anda kelip mata ketika ambil gambar. Dengan pakai kamera digital, tidak ada apa-apa kos yang akan tambah untuk mengambil gambar yang banyak.

Jika anda mempunyai tabiat untuk berkelip mata bila ambil gambar, boleh saja anda cuba untuk menyelaraskan masa ambil gambar dengan mata anda.

Tetapi jangan paksa diri anda untuk membuka mata anda lebih besar sebab ia akan menjadikan mata anda lebih kering dan anda akan lebih cenderung untuk kelip mata pula.

Dan bagi mereka yang memakai kacamata, pertimbangkan untuk tanggalkan kacamata jika anda berada di tempat yang mempunyai lampu terang atau lampu kilat sedang digunakan. Ia akan menghalang silau.

manicure set promotion

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top